Sejauh mana pun kita melangkah, jasa dan pengorbanan seorang guru jangan pernah dilupakan. -Gambar hiasan AI
PERBEZAAN sikap pelajar mengikut aliran atau kedudukan kelas sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan warga pendidik.Malah pengalaman setiap guru juga berbeza-beza bergantung kepada kelompok pelajar yang pernah mereka didik.Pengalaman mengendalikan pelajar di kelas hadapan berbanding kelas belakang memberikan impak tersendiri, termasuklah seperti yang dikongsikan oleh seorang guru wanita ini menerusi satu hantaran di media sosial.Menurut guru yang menggalas tugas berat sebagai guru disiplin ini, pelajar daripada kelas belakang, termasuklah mereka yang pernah mempunyai rekod disiplin sebenarnya lebih cenderung untuk menghargai dan meraikan guru mereka. "Saya simpulkan, murid kelas belakang termasuk yang ada kes disiplin lebih cenderung meraikan kita sebagai guru. Jumpa di mana-mana walaupun mereka dah habis sekolah, tetaplah tegur cikgu.Setiap guru pastinya mengharapkan pelajarnya berjaya selepas tamat pengajian di sekolah. -Gambar hiasan AI"Daripada jauh mereka akan kejar atau panggil cikgu. Kalau dekat sekolah, merekalah yang paling sukarela untuk bantu cikgu dalam apa jua keadaan pun," ceritanya di Threads berkongsi sisi murni pelajar daripada golongan terbabit.Perkongsian ikhlas itu turut dipersetujui oleh sebahagian besar warga maya, termasuklah rakan-rakan guru yang mengakui pernah melalui pengalaman yang hampir sama."Betul sangat! Saya dulu selalu mengajar kelas belakang tapi anak-anak ni ikhlas, dahagakan ilmu dan paling penting sangat beradab."Sampai sekarang saya tak berani lalu depan bekas anak murid berniaga di pasar malam. Mesti dia kejar dengan bungkusan makanan nak bagi pada saya. Lain pula kelas budak pandai, lalu sebelah pun tak kenal," kongsi beberapa netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pernah dapat markah corot 38/100, tapi siapa sangka remaja ini catat keputusan SPM 9A!ARTIKEL BERKAITAN: SPM tamat, guru kagum lihat ‘pemandangan menyejukkan mata’ oleh pelajar kelas corot, akhlak level teratas - “Merekalah berebut nak salam cium tangan cikgu”Bagaimanapun, hantaran itu tetap mengundang pandangan berbeza apabila ada segelintir pengguna media sosial beranggapan bahawa keadaan tersebut mungkin dipengaruhi oleh faktor jarak dan tempat tinggal semasa bekas pelajar."Ironinya, budak kelas depan akan belajar atau bekerja jauh manakala pelajar kelas belakang masih tinggal di kampung. "Jadi kalau cikgu nak pertikai bab meraikan tu, adakah masih lagi berjumpa dengan pelajar kelas depan? Berapa kerap kalau jumpa?" soal seorang pengguna media sosial.Enggan membiarkan kenyataannya disalah erti, guru berkenaan tampil menjelaskan bahawa luahannya itu sama sekali tidak bertujuan untuk 'pukul rata' semua pelajar atau membandingkan tahap kejayaan mereka.Guru disiplin kongsi pengalaman ajar kelas depan dan belakang.Perkongsian mengenai pelajar kelas belakang cetus perdebatan.Ada setuju, ada tampil dengan pandangan berbeza.Guru jelaskan dia tidak menggeneralisasikan semua pelajar.Akademik bukan penentu utama kejayaan seseorang.Ringkasan ini dijana oleh AIKatanya, perkongsian tersebut hanya merujuk kepada segelintir pelajar yang masih bersekolah, baru menamatkan persekolahan atau sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Saya tidak fokuskan kepada bekas murid yang sudah belajar jauh, bekerja dan berpangkat tinggi. Saya tidak la pukul rata untuk semua murid. Hanya segelintir memang ada begitu."Bagi yang bekerjaya bagus, belajar tinggi dan sudah hebat, jangan la komen bukan-bukan seperti terasa ya. Saya tidak maksudkna apa-apa," jelas guru berkenaan.Dalam masa sama, guru itu menegaskan setiap anak didiknya sentiasa didoakan agar berjaya mengikut haluan masing-masing.Menurutnya, pelajar cemerlang akademik diharapkan terus berjaya, manakala mereka yang kurang menyerlah dalam pelajaran pula didoakan menempa kejayaan dalam bidang diceburi.