Aktiviti merewang sewaktu majlis kenduri sudah menjadi kelaziman buat masyarakat Melayu. -Gambar hiasan AI
SUDAH menjadi budaya dalam masyarakat Melayu, amalan bergotong-royong ketika majlis kenduri khususnya di kawasan kampung sering dianggap sebagai simbol kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang utuh.Namun di sebalik kemeriahan sesebuah majlis, ada kalanya terselit rasa kecewa yang mendalam apabila saudara-mara yang diharapkan dapat bersama-sama menghulurkan bantuan, tidak hadir seperti yang dijanjikan. Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa terkilan apabila mengenangkan situasi yang berlaku pada hari pernikahan kakaknya tidak lama dahulu. Sebelum mengadakan kenduri, keluarga besar lazimnya akan melakukan mesyuarat mengenai pembahagian tugas agar majlis berjalan lancar. -Gambar hiasan AI"Normal ke kalau ada majlis kahwin, saudara-mara datang lewat? Saya masih ingat lagi hari kakak nikah, daripada pagi tiada siapa datang menolong."Ada seorang dua je mak saudara yang tolong mak ayah masak," tulisnya dalam perkongsian tersebut.Menurut individu berkenaan, ahli keluarga mereka mengambil keputusan untuk menyediakan sendiri juadah bagi majlis akad nikah demi menjimatkan kos, manakala perkhidmatan katering hanya digunakan untuk majlis persandingan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘membara’ kenang perangai toksik mak saudara, geram ibu ajak hadir majlis kahwin - “Dia tetap kakak mama!”ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bercuti pun jadi isu! Wanita bengang bapa saudara ‘kepochi’ kongsi status WhatsApp mak dalam grup keluarga, siap selit sindiranBagaimanapun, perancangan tersebut menjadi lebih mencabar apabila hanya segelintir saudara-mara yang hadir awal untuk membantu membuat persiapan."Nak jimat kos jadi masak sendiri untuk majlis nikah. Khidmat katering guna untuk majlis sanding je."Terkilan dan kesian sangat tengok mak ayah. Kenduri orang, mereka (mak ayah) datang awal tolong tapi apabila tibanya kenduri anak sendiri, tiada siapa yang tolong," luahnya.Tambahnya lagi, bapanya telah beberapa kali mengingatkan mengenai persiapan majlis menerusi kumpulan WhatsApp keluarga dengan harapan saudara-mara dapat meluangkan masa untuk membantu.Seorang individu luah rasa terkilan kerana saudara mara tidak hadir awal membantu ketika majlis pernikahan kakaknya.Keluarganya memilih untuk memasak sendiri bagi majlis akad nikah untuk menjimatkan kos.Hanya beberapa orang saudara yang membantu ibu bapanya membuat persiapan dan memasak.Bapanya sudah beberapa kali memaklumkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp keluarga, namun tidak mendapat sambutan.Ramai netizen berkongsi pengalaman serupa apabila tidak menerima bantuan saudara mara walaupun mereka sering membantu dalam majlis orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AINamun, mesej tersebut tidak menerima maklum balas seperti yang diharapkan."Banyak kali ayah saya bagitahu dalam group family. Tapi senyap sunyi sepi. "Ketika mereka buat kenduri bukan main menekan suruh datang tolong. Lambat sikit sampai, tarik muka," kongsinya.Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya memahami perasaan kecewa dialami individu berkenaan.Malah, ada yang mengakui pernah melalui pengalaman hampir sama apabila tidak menerima bantuan saudara mara ketika menjadi tuan rumah, sedangkan mereka tidak pernah berkira tenaga dan masa apabila diminta membantu dalam majlis orang lain.