SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hati selepas ibunya dikritik oleh ahli keluarga sendiri kerana bercuti ke Indonesia bersama bekas rakan sekolah.
Lebih mengundang rasa geram apabila status ibunya di aplikasi WhatsApp diambil gambar (sceenshot) sebelum 'dijaja' ke dalam grup besar ahli keluarga sebelah bapanya.
Malah, hantaran yang dimuat naik oleh individu yang juga bapa saudaranya itu bernada sindiran, apabila turut menyatakan bahawa ibunya kini 'berduit'.

Perkongsian mengenai status ibunya yang dibuat individu tersebut.
"Famili belah ayah memang jenis macam ni ke? Mak aku pergi Indonesia dengan kawan-kawan sekolah dia sempena cuti Deepavali.
"Tapi dia (pakcik saudara) screenshot status mak aku letak dalam grup besar keluarga.
"Ada semua menantu, cucu dan cicit," luahnya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas 70 hari anak meninggal, ibu dituduh lupakan arwah sebab pergi bercuti... Bukan niat berseronok, cuma nak ubati duka
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa disindir cakap bahasa Inggeris dengan anak-anak... Bekas pensyarah pesan pedulikan mulut orang!
Menganggap perbuatan itu sudah melampaui batas, dia menegaskan bahawa ibunya berhak untuk bercuti ke mana sahaja yang diinginkan.
"Biarlah mak aku nak pergi mana pun sebab anak-anak dah besar baru mak aku boleh berjalan sana sini.
- Ibu dikritik ipar sendiri sebab bercuti ke Indonesia.
- Status WhatsApp disebar individu itu ke grup WhatsApp keluarga besar.
- Individu itu siap membuat kapsyen berbaur sindirian .
- Anak tampail pertahan ibu dan menegaskan ibunya berhak bercuti.
- Netizen sokong dan menyarankan supaya dia membalas kembali sindiran.
"Dulu semasa anak-anak kecil, mak aku jarang keluar melainkan bawa semua anak-anak dia," tambah wanita ini.
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya menyarankan supaya dia 'membalas' kembali bagi mempertahankan ibunya daripada terus disindir.

Warga maya berkongsi pengalaman hampir sama.
"Kau balas balik, ada duit pergilah Indonesia, yang tak ada duit sibuk screenshot status. Tolong pertahankan mak awak.
"Tak malunya sampai tahap screenshot status orang.
"Jawab je Alhamdulillah, rezeki mak... awak jangan toksik," demikian reaksi netizen.


