suria

“Kedai serbaneka je... lemah!” - Wanita borong getah ikat rambut disindir pelajar universiti, siap ‘judge’ apabila tengok kereta

Kedai serbaneka yang menawarkan harga murah menjadi pilihan ramai. -Gambar hiasan AI

ADAB dan sopan santun seharusnya menjadi cerminan peribadi seseorang, tanpa mengira usia atau tahap pendidikan.

Namun, berbeza pula kisah yang dikongsikan seorang wanita apabila dia mendakwa berdepan dengan sekumpulan pelajar universiti yang bersikap biadab di sebuah kedai serbaneka.

Menurut wanita berkenaan, mereka dikatakan mengomel di belakangnya sewaktu dia sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Elakkan diri daripada mencetuskan sebarang provokasi di tempat awam. -Gambar hiasan AI

"Apa masalah budak sekarang ya, sangat tak ada adab. Saya beli scrunchie (getah pengikat rambut) dekat kedai serbaneka dengan harga RM2. Saya beli banyak untuk buat hadiah.

"Saya dah scan (buat pembayaran) sikit tau, barulah budak-budak ni beratur. Sudahlah berdiri dekat gila dengan saya. Mereka mengomel saya beli banyaklah, apa lah," imbas wanita itu.

Perkara itu berlarutan sehingga wanita ini selesai membuat pembayaran dan beredar keluar daripada kedai yang tidak dinyatakan lokasi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ada ‘masalah’, masuk kedai serbaneka murah mesti sakit perut nak membuang... Doktor beri 3 punca!

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap jadi orang terawal datang kedai, order air paling murah tapi bayar guna duit RM100! Ramai syak ada muslihat

Jelas pengadu lagi, kedengaran salah seorang daripada mereka memperlekeh kerana dia memborong barangan murah seperti itu.

"Lepas saya sudah habis buat bayaran, saya pergi dekat kereta. Saya dengar mereka cakap kereta besar tapi pergi kedai serbaneka je... lemah.

  • Wanita dikutuk sekumpulan pelajar ketika membeli ‘scrunchie’ di kedai serbaneka murah.
  • Pelajar itu mengomel dan berdiri terlalu dekat ketika dia beratur di kaunter.
  • Mereka turut memperlekeh wanita itu kerana beli di kedai murah walaupun naik kereta mewah.
  • Wanita berkenaan hanya berdiam dan memilih untuk beredar.
  • Netizen kecam sikap biadab pelajar, pesan adab lebih penting daripada pelajaran.

"Masa tu saya rasa nak mencarut je. Tapi itu lah, buang tenaga saya je nanti, jadi saya beredar je," ceritanya lagi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai di media sosial yang rata-ratanya mengecam tindakan kumpulan pelajar itu yang dianggap tidak beradab.

"Tak ada adab ya budak sekarang. Sudah la suka mencarut, geram aku.

Sebahagian komen warga maya.

"Tak ada guna belajar tinggi tapi tiada adab. Sibuk jaga tepi kain orang, sabar la sis.

"Awak tangani dengan cara betul. Tak ada guna bergaduh dengan orang yang mengukur nilai sesuatu barang dengan tanda harga.

"Dia pun pergi kedai serbaneka sama, nak mengata orang. Kalau kaya sangat, tak payah la singgah kedai tu," komen beberapa netizen.

Artikel Lain