KEPELBAGAIAN fesyen yang wujud hari ini menjadi antara faktor segelintir individu terikut dengan trend hingga sanggup membelakangi hukum agama.
Di Threads, seorang wanita tular selepas tampil membuat teguran terbuka kepada kaum Hawa yang bertudung namun tidak menutup aurat mereka dengan sempurna.
"Guys, aku mewakili perempuan Islam, aku cuma nak cakap dan tanya, korang yang pakai tudung singkat ni tak malu ke dada terdedah?

Menutup aurat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam. -Gambar hiasan AI
"Aku yang tengok ni malu weh. Tolonglah labuhkan tudung tu. Nak pakai tu, pakailah elok-elok. Tak payah pakai sampai nampak segala telinga dan rambut kau.
"Tak fesyen dan tak lawa, serius. Maaflah, tapi saya terpaksa cakap," tulis wanita itu.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu turut bersetuju dengan pandangan wanita itu dan berharap kaum Hawa lebih peka soal aurat mereka.
- Wanita tular di Threads selepas tegur kaum Hawa yang tidak menjaga batas pemakaian.
- Dia mengakui malu melihat wanita bertudung singkat sehingga menampakkan bentuk payudara.
- Dia memberi nasihat supaya kaum Hawa lebih berhati-hati dalam berpakaian.
- Ada netizen yang tidak bersetuju dengan teguran wanita itu.
"Ya, kadang tertanya, tak malu ke orang tahu saiz besar mana disebabkan tak nak labuhkan tudung. Malu, tolonglah malu.
"Budak-budak sekarang suka pakai selendang tapi lilit di leher, selebihnya 'tolak' ke belakang.
"Lagi satu (jenis) pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek," tulis beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita seksi akur disuruh tutup aurat lepas kahwin tapi kecewa suami tak berubah... Ligat ‘like’, ‘follow’ akaun perempuan ‘hot’
ARTIKEL BERKAITAN: “Terhegeh-hegeh dia nak keluar!” - Aurat terdedah, wanita tengah ambil wuduk geram jemaah sejantina buka pintu ‘seluas alam’
Namun, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan teguran yang dibuat oleh wanita itu.
"Menegur orang lain itu satu perbuatan mulia, namun cara penyampaian itu penting. Kamu boleh menasihati tanpa memalukan mereka.

Wanita bertudung tidak sepatutnya menggayakan pakaian ketat. -Gambar hiasan AI
"Jaga-jaga dik. Dosa yang kamu ejek hari ini mungkin menjadi dosa yang kamu lakukan esok.
"Cara tegur tu tak berapa kena. Saya tahu awak berniat baik," tulis netizen lagi.


