Segelintir kanak-kanak mempunyai tabiat memilih atau cerewet mengenai makanan tertentu. -Gambar hiasan AI
SETIAP ibu bapa mempunyai cabaran tersendiri dalam membesarkan anak-anak. Ada yang diuji dengan masalah pembelajaran, tingkah laku atau emosi, manakala tidak kurang juga berdepan kesukaran menguruskan tabiat pemakanan si kecil. Mungkin ada yang menganggap ia perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak, namun sikap terlalu memilih makanan atau picky eater boleh menjadi punca tekanan kepada ibu bapa.Begitulah dilema seorang suri rumah tentang anak lelakinya yang sangat memilih makanan sehingga membuatkan dia keletihan dan tertekan.ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu dakwa anak murid kerap meragam, membesar jadi budak bermasalah gara-gara maksud nama terlalu ‘berat’ARTIKEL BERKAITAN: Murid manja, kena layan bak putera puteri! Guru bidas ibu bapa tak ajar anak basuh berak, makan disuap - "Kami bukan bibik""Aku ni housewife, letih dan penat sentiasa. Tapi yang lebih memenatkan aku, anak sulung picky eater."Hari-hari beli makanan, tapi tak pernah habis. Nak makan ikut selera dia, nasi lemak. Dah beli nasi lemak, ajar makan ikan bilis... tapi tak nak. Beli ayam goreng makan kulit saja, isi tak makan," luahnya.Tambah wanita itu, kemuncak kesabarannya teruji apabila kanak-kanak berusia sembilan tahun itu sekali lagi enggan makan walaupun dia sudah berusaha menyediakan hidangan yang dirasakan sesuai.Ibu bapa disaran mendapatkan nasihat pakar nutrisi jika anak mengalami masalah terlampau cerewet memilih makanan. -Gambar hiasan AI"Hari ni aku mengamuk... tak boleh kawal marah sangat dah. Aku rotan dengan hanger sampai teresak-esak dia menangis."Padahal suruh makan udang saja, dia korek keluarkan semula. Buat-buat muntah!" katanya.Dalam pada itu, wanita berkenaan turut meluahkan rasa bersalah terhadap tindakannya dan menganggap dia gagal sebagai seorang ibu kerana tidak berjaya mengubah tabiat pemakanan anaknya."Ya, tahu aku ibu gagal. Ada tak tip macam mana nak hilangkan picky eater dia tu? Aku buntu."Aku fikir nak hantar dia ke pusat tahfiz selama tiga hari. Bagi dia merasa makan dalam talam ramai-ramai... makan apa yang ada sahaja, tak boleh request, tak boleh membeli," katanya.Seorang ibu kongsi kisah anak sulungnya berusia sembilan tahun yang cerewet mengenai makanan.Dia cuba ikut kehendak anak dengan beli makanan setiap hari, namun kecewa apabila makanan tetap tak dihabiskan.Anaknya pernah mengorek semula makanan yang ditelan kerana bukan makanan kegemaran.Dia pernah 'mengajar' anaknya agar tidak menjadi terlalu manja. Wanita itu buntu dan meminta tip warga maya untuk mengatasi masalah anaknya.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mendapat perhatian ramai warga maya yang rata-ratanya bersimpati dengan situasi yang dialami ibu berkenaan.Pada masa sama warganet menasihati pengadu agar tidak terlalu menyalahkan diri sendiri.Ada yang turut berkongsi pengalaman membesarkan anak dengan masalah picky eater hingga berlarutan sehingga usia sekolah rendah sebelum beransur pulih."Saya pernah solat hajat minta supaya Allah bagi anak selera nak cuba makan makanan lain. Sebab masa tu nak travel oversea. Risau sangat kalau dia tak makan."Awak bawa jumpa pakar, mana tahu sebenarnya anak awak ada isu lain ke? Mungkin bukan saja-saja dia jadi picky eater," demikian antara komen netizen.