SEORANG wanita meluahkan rasa kesal dengan sikap rakannya yang merupakan penasihat jualan kenderaan kerana disifatkan suka mengambil kesempatan.
Katanya, individu itu pernah meminta pertolongan agar dia mempromosikan servis yang disediakan.
Dek kerana itu dia memperkenalkan kenalan suaminya sebagai pelanggan sehingga urusan pembelian selesai dengan lancar.
"Saya ada recommend kawan suami. Pinjaman semua lulus dan dah dapat kereta. Semua berjalan dengan lancar. Kemudian saya tanya dia, tak dapat duit kocek ke?

Seorang SA juga dikehendaki mencapai sasaran jualan bulanan yang ditetapkan syarikat. -Gambar hiasan
"Sebab saya dah recommend pelanggan kan? Tahu tak dia blue tick (tak balas mesej) je aku. Jadi aku pun lupakan je," ujar individu berkenaan yang sedikit kesal.
Hampir setahun berlalu, individu sama kembali menghubunginya dan sekali lagi meminta bantuan.
Berbeza kali ini apabila dia diminta membuat video dan siaran langsung untuk mempromosikan jualan kereta atas alasan wanita itu aktif sebagai affiliate di media sosial.
Rakannya itu turut mengakui tidak mampu mengupah influencer, lalu meminta bantuan secara percuma sambil menyatakan ia juga sebagai peluang untuk pengadu meningkatkan engagement (interaksi atau perkembangan akaun).
ARTIKEL BERKAITAN: Suami jual kereta, isteri terkilan saudara mara beli dengan jurujual lain... Ramai mengaku takkan beli daripada orang dikenali
ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual kereta kaki kelentong! Janji banyak hadiah akhirnya bagi payung, petrol untuk 2km... Suruh pembeli bersyukur
"Dia cakap kalau ada orang nak beli, letaklah kod rujukan atau referral code. Nanti dia bagi la sikit (komisyen).
"Tapi dia nak buat video, editing dan idea semua daripada saya. Tapi dia pun tak beritahu nak bagi saya berapa kalau ada orang beli dengan kod tu.
"Saya rasa macam kena game (dipermainkan). Jaranglah saya nak tolak atau cakap tak boleh kalau orang minta tolong," katanya lagi.
- Wanita kesal diminta promosi jualan kereta rakannya tanpa bayaran jelas.
- Pernah bawa pelanggan tapi soalan tentang ‘duit kocek’ hanya dibaca.
- Setahun kemudian, rakan sama minta bantuan buat video dan live.
- Tiada komisen tetap, hanya janji kod rujukan.
- Netizen sarankan dia berhenti membantu kerana jelas tidak dihargai.
Selepas hantaran itu dibuat, sebahagian netizen berpendapat wanita itu tidak perlu lagi membantu kerana usahanya sebelum ini tidak dihargai.
"Tak perlu tolong. Cakap je sekali sudah. Apabila dah tak ada sale (jualan) baru kalut nak minta tolong lagi.
"Move on je. Sampai masa dia terduduk nanti. Jom promosikan kereta saya. Beritahu je nak komisyen berapa, kita buat sampai jadi," komen beberapa netizen.


