KITA mungkin biasa terdengar tentang isu cikgu yang didakwa bersikap pilih kasih terhadap murid.
Namun rupa-rupanya situasi itu turut memberi tempias kepada ibu bapa sendiri sebagaimana perkongsian seorang wanita ini di laman sosial.
Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut meluahkan rasa terkilan apabila layanan yang diterimanya berbeza berbanding ibu kepada murid lain, meskipun niatnya ketika itu hanya ingin berkongsi rezeki.
Ramai ibu bapa menghantar anak ke taska sebagai tempat penjagaan yang selamat dan membantu perkembangan awal kanak-kanak. -Gambar hiasan
"Aku bukan tak nak kongsi rezeki dengan cikgu taska anak tapi sebab pernah kena tahun lepas. Aku bagi nasi lemak dengan niat saja bagi.
"Cikgu boleh kata... terima kasihlah bagi nasi lemak. Tapi kalau bagi, kitorang tak sempat nak makan pun sebab dah makan awal-awal sebelum budak datang. Itu first and last aku bagi makanan dekat cikgu dia (anak).
"Kemudian baru ni nampak cikgu lama dia tu post... terima kasih bagi nasi lemak. Amboi, kalau mak kepada budak kesayangan, siap post macam tu. Yang anak kita ni bukan kesayangan siapa-siapa, cakap lain pula. Budak kecil dah hadap fasa kena pilih kasih," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan dendam, tapi tak lupa kisah mi segera... Cucu mangsa pilih kasih enggan sedekah al-Fatihah untuk arwah datuk
ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil dah guna ‘kabel’, bolot jawatan pengawas... Cikgu didakwa pilih kasih, selit anak sendiri masuk pertandingan wakil sekolah
Mengakui sedikit terkesan dengan layanan guru berkenaan, wanita tersebut bagaimanapun berkata dia mengambil positif dan enggan terlalu mengikut emosi.
"Perangai manusia lain-lain mengikut hari dan emosi. Aku beranggapan yang mungkin dia tak nak menyusahkan parents.
Seorang wanita terkilan apabila merasakan layanan cikgu taska terhadapnya berbeza berbanding ibu kepada murid lain.
Dia pernah memberi nasi lemak dengan niat ikhlas, namun cikgu membalas dengan komen yang membuatnya serik untuk memberi lagi.
Dia 'sentap' melihat cikgu yang sama memuat naik ucapan terima kasih apabila menerima makanan daripada ibu murid 'kesayangan'.
Walaupun terasa hati, dia memilih untuk berfikiran positif.
Ramai netizen berkongsi pengalaman serupa, termasuk isu 'favoritism' dan politik dalaman taska.
"Tapi apa pun, terima kasih kepada semua cikgu taska yang menjaga anak-anak dengan baik dan ikhlas dalam pekerjaan," kongsinya lagi.
Di ruang komen, rata-rata warga maya memahami situasi yang dialami guru berkenaan malah ada yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.
Sebahagian komen netizen.
"Saya pernah kena macam ni sebab anak saya autism kot. Saya bagi puding roti dan tauhu bergedil, mereka ambil dan cakap terima kasih dan bye. Kalau parents lain, mereka update status.
"Pengalaman sendiri pernah jadi cikgu sementara. Ada kawan pun cakap, dekat taska ada politik tersendiri. Sesetengahnya memang ada favoritism.
"Saya pun terasa. Cikgu asyik post dengan anak murid kesayangan. Tak perlu kot," komen netizen.


