suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita penat asyik kena ‘merangkak’ cari tunang lepas gaduh... Bakal suami makin buat perangai, selamba ‘off location’ masa PJJ

Pertengkaran antara pasangan boleh tercetus disebabkan isu kepercayaan. -Gambar hiasan AI

FASA pertunangan sering dianggap sebagai tempoh yang penuh ujian sebelum pasangan melangkah ke alam perkahwinan. 

Malah, ramai yang percaya bahawa tempoh ini turut datang dengan pelbagai dugaan yang menguji keserasian, kesabaran dan kepercayaan antara bakal suami isteri.

Namun bagi seorang wanita, ujian yang dihadapi menjelang hari bahagianya bukan sekadar perselisihan faham biasa, sebaliknya melibatkan isu kepercayaan hingga meretakkan hubungan mereka.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu meluahkan rasa kecewa terhadap tunangnya yang didakwa bertindak menutup perkongsian lokasi (location sharing) ketika mereka sedang menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ).

Komunikasi secara berkesan dapat mengelakkan konflik antara pasangan menjadi lebih buruk. -Gambar hiasan AI

"Patut ke nak rasa marah, geram, sakit hati? Lagi sebulan kami nak kahwin. Tunang off location dekat semua tempat. Sekarang tengah PJJ.

"Sumpah kecewa macam tak nak teruskan kahwin," luahnya.

Menurutnya, sebelum ini dia dan tunangnya berkongsi lokasi bagi memudahkan mereka mengetahui keberadaan masing-masing.

Namun ujarnya, tiba-tiba lelaki tersebut memberikan alasan bahawa dia tidak mahu terganggu ketika bekerja, yang secara tidak langsung mengundang rasa curiganya.

Tambah wanita itu, isu berkenaan bukan perkara baharu kerana ia sudah beberapa kali menjadi punca pertengkaran antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang pun belum, gadis berkeras nak bayar deposit dewan kahwin... Bengang BF tak dengar cakap, jadi punca asyik gaduh

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak pilih saya atau kucing?” - Wanita bergelut tekanan emosi, seminggu sebelum nikah tunang beri kata tak dua

"Benda bukan sekali gaduh pasal location, berpuluh kali. Kita merajuk block dia berhari-hari pun dia tak cari langsung.

"Kita sendiri yang rendahkan ego cari dia balik, kemudian dia buat macam tak ada apa-apa berlaku," katanya lagi.

Lebih meresahkan, wanita itu mendakwa tunangnya turut meminta agar mereka terus menjalani perhubungan jarak jauh selepas berkahwin nanti, sekali gus menambahkan keraguan terhadap masa depan rumah tangga yang bakal dibina.

"Dah la lepas kahwin pun dia minta PJJ. Tolong bagitahu, rasa sedih saya sekarang ni adalah valid.

"Tunang saya langsung tak kisah apa perasaan saya. Dia tahu lepas block, saya tetap akan cari dia sebab nak urus semua pasal kahwin," ujarnya.

  • Seorang wanita luah rasa geram kerana tunangnya tutup perkongsian lokasi (off location).
  • Perkara itu menjadi punca pergaduhan membuatkan dia tawar hati untuk teruskan pernikahan.
  • Dia dan pasangan berkongsi lokasi bagi memudahkan kedua-dua pihak tahu keberadaan masing-masing kerana PJJ.
  • Menurutnya, ia bukan kali pertama mereka bergaduh soal yang sama. 
  • Netizen menyarankan dia menilai semula keserasian kerana ia melibatkan soal kepercayaan.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat isu sebenar bukanlah mengenai perkongsian lokasi semata-mata, sebaliknya melibatkan kepercayaan dan usaha kedua-dua pihak dalam menjaga hubungan.

Tidak kurang juga yang menasihatkan wanita itu supaya menilai semula keserasian mereka sebelum meneruskan perkahwinan, memandangkan konflik yang sama berulang kali berlaku tanpa penyelesaian yang jelas.

"Awak memang yakin dan percaya ke dengan tunang tu untuk menjadi suami? Ini bukan soal cinta, ni soal kepercayaan.

"Kenapa lepas kahwin pun nak PJJ? Mesti ada benda tak kena. Siasat bagi habis dulu okey sebelum kahwin.

"Belum kahwin lagi, tapi dia dah buat awak overthinking macam ni. Kalau dia sayang awak, dia takkan off location," komen sebahagian netizen.

Artikel Lain