LELAKI yang memilih untuk mengamalkan poligami seharusnya memiliki kemampuan kewangan kukuh untuk menyara isteri-isteri serta seluruh kebajikan keluarganya.Namun, perkongsian daripada seorang pemuda baru-baru ini mendedahkan realiti sebaliknya, selepas dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang beristeri tiga walaupun hidup dalam keadaan serba biasa. "Saya jumpa seorang abang ni. Dia juruteknik berusia 49 tahun. Dia baru kahwin yang ketiga.Tak semua wanita mampu menerima poligami. -Gambar hiasan AI"Abang ni kata, dia tiada kereta dan rumah. Ada motosikal sahaja. Untuk isteri-isterinya, dia bagi nafkah batin dan kasih sayang je."Nafkah duit? Semua boleh hidup sendiri. Apa yang mengejutkan, semua isterinya adalah wanita bekerjaya, ada kerja yang bagus."Mudahnya abang ni jumpa jodoh, sampai tiga orang dah," kongsi pemuda itu menerusi aplikasi Threads pada Ahad.Kisah seorang lelaki beristeri tiga tular di aplikasi Threads.Lelaki itu mengaku tidak mempunyai rumah atau kereta sendiri.Walaupun tidak berharta, tiga isterinya tetap hidup bahagia dan harmoni.Perkongsian kisah itu mengundang pelbagai komen termasuk kecaman.Ringkasan ini dijana oleh AISeperti dijangka, perkongsian melibatkan topik poligami pastinya mengundang pelbagai perdebatan serta komen-komen negatif netizen."Memang itu pun modus operandi lelaki poligami ni. Nafkah sperma je. Duit untuk anak isteri... kena tanggung sendiri. Ramai perempuan sanggup, asalkan bersuami.ARTIKEL BERKAITAN:Poligami tanpa perang... Isteri pertama dedah rahsia bahagia bermadu, siap kongsi jadual bermalamARTIKEL BERKAITAN:Tak semua wanita makan hati bila bermadu... Isteri pertama bahagia, lagi seronok suami lebihkan bini nombor dua"Yang perempuan pula hadap sangat nak berlaki. Mati kot kalau tiada suami walaupun sampai terpaksa berkongsi kasih, dah macam harta benda awam," tulis netizen.Di sebalik kecaman, ada juga pelayar Threads yang meninggalkan komen positif berhubung kisah lelaki itu."Dia layan isteri-isteri dengan baik. Kalau isteri dia reda, kita tak boleh cakap apa. Doa yang baik-baik je," tulis netizen lagi.