suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bengang adik lelaki ada ijazah malas kerja, duduk ‘berkepit’ bawah ketiak mak walau usia hampir 30 tahun!

Setiap ibu bapa pastinya mahu melihat anak mereka membesar sebagai orang berjaya. -Gambar hiasan AI

SETIAP daripada kita pasti mahu memiliki pekerjaan yang baik dengan gaji berpatutan untuk menyara kehidupan sendiri serta berbakti kepada keluarga.

Namun menurut seorang wanita, dia hairan dengan sikap adik lelakinya yang memilih untuk bergelar penggangur walaupun usianya sudah menghampiri angka 30.

"Dah tak tahu nak buat macam mana. Adik lelaki umur 29 tapi malas kerja. Dia ada degree. Dia duduk serumah dengan mak. Ayah kami pula sudah meninggal dunia.

Setiap insan yang normal pastinya mahu memiliki kerjaya untuk menyara kehidupan mereka. -Gambar hiasan AI

"Mak dah nasihat suruh kerja, tak kisah pekerjaan apa pun, yang penting ada kerja. Nasihat elok-elok dah, marah dan berleter pun sudah.

"Tak tahu nak buat apa lagi? Langsung tiada perubahan. Kesian mak, dia tak tahu nak mengadu pada siapa," luah wanita itu menerusi hantaran Threads.

Tambah wanita itu, adik lelakinya juga tidak pernah menyumbang wang untuk perbelanjaan dalam rumah mereka.

  • Wanita kongsi cerita tentang adik lelakinya yang malas bekerja.
  • Adiknya berusia 29 tahun dan merupakan lepasan universiti.
  • Dia berkata adiknya hanya goyang kaki di rumah ibunya.
  • Wanita itu kesian kerana ibunya memiliki anak lelaki pemalas.

"Mak tak bagi duit pun untuk dia. Tapi dia bertahan dalam rumah kami sebab tak perlu bayar apa-apa bil. Makan percuma sebab dalam rumah mak ada makanan.

"Sakit rupanya bila duduk rumah dengan lelaki malas kerja ni," luah wanita itu lagi.

Perkongsian wanita itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal rujuk semula, wanita derita tanggung suami malas kerja... Paling sadis mentua sama naik hasut anak jangan tanggung isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Abang malas kerja sampai obes! Lepas curi duit bapa RM300,000, pinjam ah long RM20,000 pula - "Ayah aku manjakan sangat"

"Mungkin dia jenis tak boleh kerja dengan orang. Apa kata awak bantu dia berniaga, buka gerai tepi jalan. Bagi modal sikit.

"Sikap anak adalah cerminan didikan mak ayah. Rasanya mak ayah paling faham kenapa anak jadi macam tu," tulis netizen.

"Minta dia daftar MyFutureJobs. Saya dah dua kali dapat kerja melalui platform tu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain