suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tangguh hasrat poligami, tunggu ‘green light’ isteri... Tak sanggup pilih salah seorang, sayang kedua-duanya

Suami perlu memikirkan perasaan isteri sebelum membuat keputusan. -Gambar hiasan AI

BUKAN semua wanita mampu menerima hakikat apabila sang suami menyuarakan hasrat mahu berpoligami.

Dalam dilema antara mempertahan rumah tangga atau memilih berpisah, seorang wanita berada dalam keadaan buntu apabila memikirkan terpaksa berkongsi kasih.

Hatinya bertambah remuk apabila suaminya enggan membuat pilihan kerana menyayangi kedua-duanya.

"Suami nak kahwin lain. Memandangkan dia minta izin, aku tengah fikir nak reda atau teruskan saja untuk bercerai.

Suami perlu berlaku adil sekiranya memutuskan untuk berpoligami. -Gambar hiasan AI

"Dia kata tak mampu nak memilih sebab sayang kedua-duanya. Katanyalah.

"Dengan keadaan aku ini, aku tak sanggup nak hilang dia tapi aku takut aku yang jadi gila," luah wanita itu yang buntu untuk membuat keputusan. 

Jelasnya, si suami seorang yang penyayang dan bertanggungjawab walaupun bukan daripada keluarga berada, malah mereka memiliki seorang cahaya mata.

Katanya, hasrat suami berpoligami sudah lama disuarakan namun dia tidak pernah memberi keizinan membuatkan lelaki itu tidak meneruskan perkahwinan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Poligami tanpa perang... Isteri pertama dedah rahsia bahagia bermadu, siap kongsi jadual bermalam

ARTIKEL BERKAITAN: Tak semua wanita makan hati bila bermadu... Isteri pertama bahagia, lagi seronok suami lebihkan bini nombor dua

"Perempuan itu pun aku dah tengok muka dia sekali. Waktu suami beritahu, aku mengamuk. Dekat sebulan aku tidak pedulikan dia.

"Aku jalankan semua tanggungjawab tapi aku dingin. Aku rasa aku dah hilang suami aku. Aku rasa sakit sebab cinta dia sudah terbahagi dua.

"Memikirkan itu pun aku dah rasa sakit, tak sanggup nak izinkan," ujar wanita itu yang masih belum bersedia untuk berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

Demi mengembalikan rasa cinta seperti dahulu, wanita itu mahu suaminya melayannya seperti sebelum hubungan mereka diuji.

  • Suami minta izin berkahwin lagi, wanita buntu pilih reda atau cerai.
  • Hasrat berpoligami ditangguhkan kerana wanita kedua mahukan hak sama rata sebagai isteri.
  • Wanita mengakui belum bersedia berkongsi kasih dan takut hilang suami.
  • Dia berharap suami kembali melayannya seperti sebelum mengenali wanita lain.
  • Luahannya mengundang pelbagai reaksi netizen mengenai cabaran hidup bermadu.

Malah dia mengakui lebih rela suaminya menjalinkan hubungan secara rahsia dengan wanita berkenaan asalkan perkara itu tidak sampai ke pengetahuannya.

"Jangan sampai kantoi saja. Kalau kantoi, aku viralkan dia. Dua hari lepas cakap tu, dia luahkan hasrat nak kahwin lagi dengan syarat aku izin sebab perempuan itu nak hak sama rata sebagai isteri.

"Perempuan itu sanggup bermadu tapi dengan izin aku sebab dia tak nak bergaduh. Dia nak hak bermalam.

"Sebab itu aku tangguh dulu (beri keizinan poligami). Aku minta masa walau aku tak tahu nak buat apa," ceritanya.

Artikel Lain