suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jual diri ke biar dapat duit” - Mak baru 4 hari meninggal, gadis sayu mesej minta bantuan ibu saudara dibalas herdikan

Kehilangan insan tercinta pasti memberi kesan berpanjangan. -Gambar hiasan AI

BAGI anak yang kehilangan ibu bapa, saudara terdekat sering dijadikan tempat untuk mereka menumpang kasih dan bergantung harap ketika berdepan kesusahan.

Turut melakukan perkara sama, namun wanita ini tidak menyangka mendapat herdikan dan penghinaan daripada salah seorang ibu saudara saat dalam kesempitan.

Lebih menambah rasa pilu apabila situasi tersebut berlaku ketika ibunya baru sahaja meninggal dunia.

"Dah tak ada keluarga lain selepas mak meninggal, yang ada cuma makcik je. Jadi aku minta duit sikit dekat dia supaya dapat survive sampai dapat gaji.

Mencari pekerjaan dalam tempoh yang singkat bukanlah mudah. -Gambar hiasan AI

Mencari pekerjaan dalam tempoh yang singkat bukanlah mudah. -Gambar hiasan AI

"Aku pun baru je mula kerja empat hari, lepas merantau cari kerja. Tempat tinggal pun tak ada lagi tapi dilayan macam sampah dengan makcik sendiri," luahnya sayu di Threads.

Menurutnya, cubaan meminjam duit bukan sahaja ditolak mentah-mentah, malah dia turut diberikan kata-kata yang 'meragut' maruahnya.

Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, ibu saudaranya membalas permintaannya dengan memintanya menjual kehormatan diri bagi mendapatkan duit.

Tidak hanya itu, wanita tersebut turut menyatakan mereka tidak mahu menerima kehadirannya kerana mempunyai tanggungan yang ramai.

  • Wanita mendakwa dihina ibu saudaranya selepas meminta bantuan kewangan susulan kematian ibunya.
  • Dia baru empat hari bekerja dan memerlukan wang untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji.
  • Menerusi WhatsApp, ibu saudaranya didakwa menyuruhnya "jual diri" untuk mendapatkan wang.
  • Wanita itu turut mendakwa wang yang diminta sebenarnya milik arwah ibunya.
  • Perkongsian tersebut mengundang simpati netizen.

"Makcik ada anak yang kena tanggung, tak boleh nak tanggung awak... cubalah hidup sendiri, lagipun kami satu keluarga tak cukup makan nanti.

"Cubalah cari kerja mana-mana, jual diri ke biar dapat duit. Pakcik pun dah bagitahu memang tak mahu awak tinggal dengan kami, tanggungan kami pun dah ramai," demikian mesej yang dibalas ibu saudaranya.

Menurut wanita itu, dia hanya mampu meluahkan rasa terkilan kerana tidak mempunyai tempat bergantung selepas pemergian ibunya.

Malah katanya, duit yang diminta itu merupakan milik ibunya yang didakwa dipegang ibu saudara terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Biawak hidup bodoh!” - 9 tahun berkorban jaga mak ayah uzur, adik-beradik tergamak buang si bongsu selepas orang tua sudah tiada

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau siapa nak kena cari?” – Gadis dijerkah ibu saudara di hari pertunangan, gurauan manja dibalas aib!

Perkongsiannya itu mengundang perhatian warga maya yang bersimpati dengan nasibnya, selain berharap urusannya dipermudah untuk meneruskan kehidupan secara berdikari.

"Alasan tak mampu tanggung sebab ramai anak tu masih okay tapi apabila ada ayat 'jual diri', tersangatlah biadab ya.

"Suruhlah anak dia pula jual diri untuk mereka cukup makan, tengok apa dia punya reaksi, cakap tak pakai otak.

"Buktikan yang awak mampu berjaya dan tak perlu minta simpati daripada dia," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain