suria

Cikgu dakwa anak murid kerap meragam, membesar jadi budak bermasalah gara-gara maksud nama terlalu ‘berat’

Kanak-kanak yang bermasalah menjadi cabaran utama buat guru-guru sekolah. -Gambar hiasan AI

PROSES memilih nama bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya perlu dilakukan dengan teliti agar maknanya sesuai dan membawa kebaikan kepada anak-anak.

Menurut seorang guru Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI), dia mendapati ada murid-murid berdepan masalah kerana diberi nama yang tidak sesuai oleh ibu bapa mereka.

"Sebagai guru PPKI, saya cuma nak kongsi yang anak dengan nama berat itu real. Berat tu maksudnya anak tak boleh bawa atau tak sesuai dengan dirinya.

Menguruskan kanak-kanak bukanlah satu tugas yang mudah. -Gambar hiasan AI

"Ada murid nama sangat style, ejaan pun fancy sangat, tapi tak boleh bercakap, tantrum dan sebagainya. 

"Tapi bila diubah kepada panggilan lebih sesuai, dia boleh respon dan bercakap. Jadi, mak ayah tolonglah selidik maksud nama anak dulu ya," tulisnya.

Hantaran yang dibuat menerusi Threads itu turut dihujani dengan pelbagai komen, khususnya dalam kalangan warga pendidik.

  • Guru dakwa anak murid bermasalah gara-gara maksud nama terlalu berat.
  • Murid dengan nama 'fancy' didakwa kerap meragam dan bermasalah dalam pelajaran.
  • Beberapa lagi guru turut meluahkan perkara sama menerusi hantaran tular di Threads.
  • Netizen pula beri nasihat agar tidak terlalu mempercayai perkara sebegitu.

"Sebagai cikgu pra sekolah, saya setuju. Selalu juga bincang dengan ustazah bab nama berat ni. Budak yang diberi nama berat ni akan ada masalah tingkah laku atau masalah lain.

"Saya ada anak murid nama Maliqaa. Cikgu-cikgu tukar panggil dia Maryam. Maka jadi baik sikit. Kalau tak asyik menangis dan tak bercakap je. 

"Ada satu nama ni, mula dengan huruf M. Ada empat murid berlainan tahun yang guna nama ini. Keempat-empat mereka ada masalah pembelajaran," tulis beberapa guru.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Tingkatan 3 dah pandai asmaradana! Cikgu praktikal ‘tangkap’ 2 pelajar perempuan duduk atas riba lelaki - “Aku marah, mereka gelak je”

ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke nak memanusiakan murid?” - Cikgu makin tersepit, mak ayah lapor ke SISPAA gara-gara sindir anak bermasalah

Namun, seorang pelayar Threads memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak terlalu mempercayai dakwaan sedemikian kerana bimbang boleh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"Sebenarnya kepercayaan ini dibimbangi oleh ulamak sebagai perkara khurafat. Selagi mana nama itu mempunyai makna yang baik, maka tidak ada istilah berat atau tidak.

"Isu perangai anak atau tantrum itu tiada kena mengena dengan nama. Boleh terjadi atau tidak, kepada mana-mana nama. 

"Jadi, sebaiknya kita tidak memasangkan asbab dengan musabbab yang tidak sesuai. Melainkan ada huraian dalil," pesan individu itu pula.

Artikel Lain