Golongan yang mempunyai masalah kesihatan yang mendatangkan kemudaratan boleh solat secara duduk. -Gambar hiasan AI
SUDAH menjadi lumrah bagi jemaah mengikuti ceramah agama bagi menambah baik amalan dan ilmu setiap kali ke surau atau masjid sementara menanti waktu solat.Sebahagian besar jemaah yang mengikuti ceramah biasanya golongan warga emas yang kebanyakannya mengalami masalah kesihatan dan pergerakan terbatas. Seorang lelaki meluahkan rasa terkilan terhadap kenyataan segelintir penceramah agama yang didakwa kurang peka tehadap keadaan fizikal golongan ini apabila menyentuh bab solat.Jelasnya, kenyataan seorang penceramah mengenai warga emas solat dalam keadaan duduk disebabkan masalah kesihatan telah memberi kean buruk kepada ibu mentuanya.Agamawan adalah golongan yang dicari untuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah agama. -Gambar hiasan AI"Mak mentua aku umur dah lebih 70 tahun dan lutut dia memang bermasalah. Jadi bertahun dia solat duduk."Nak jadikan cerita ada penceramah agama ini sentuh mengenai orang solat duduk boleh solat seperti biasa tetapi saja tak nak buat."Mak mentua aku dengar ayat tu, maka lepas ceramah dia pun cuba solat seperti biasa," katanya.Bagaimanapun, tindakan itu mengakibatkan keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga kini terpaksa menggunakan alat bantuan berjalan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jeling mangsa kemalangan solat duduk atas kerusi di surau - “Dah sakit kenapa tak sembahyang dekat rumah!”ARTIKEL BERKAITAN: “Kaki makcik patah ke?” - Budak kecil tempelak wanita berusia enggan rapatkan saf solat tarawih, sibuk kerah orang gerak"Dari mak mentua aku elok boleh berjalan, sekarang terpaksa bertongkat empat. Jadi puaslah hati penceramah itu agaknya. "Dari katil nak ke tandas punyalah seksa menahan sakit sampai berpeluh-peluh," katanya.Lelaki berkenaan turut berkongsi dia sendiri mengalami masalah lutut dan telah lebih 20 tahun menunaikan solat secara duduk.Katanya, golongan sepertinya bukan tidak mahu solat seperti biasa, namun kekangan fizikal menyebabkan mereka tidak mampu berbuat demikian tanpa menanggung kesakitan.Lelaki terkilan kenyataan penceramah jejaskan kesihatan ibu mentua.Warga emas cuba solat berdiri, kini terpaksa bertongkat.Masalah lutut punca solat duduk, bukan sengaja.Netizen minta penceramah lebih berhati-hati.Islam beri rukhsah, jangan paksa diri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ketahuilah kami pun rindu sangat nak sujud macam biasa. Kalau solat seperti biasa itu tidak memudaratkan, pasti dah lama kami buat," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen menyarankan penceramah lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.Ada turut mencadangkan agar jemaah merujuk lebih banyak agamawan untuk mendapatkan lebih banyak pandangan bagi mendapat kepastian sekiranya berasa ragu-ragu."Islam itu tidak menyusahkan. Ada rukhsah dalam ibadat ini. Kalau paksa juga solat macam biasa, boleh bertambah serius."Kadang kita dengar separuh je dari apa yang disampaikan. Biasanya akan ada sambungan lagi. Jadi dengar penjelasan bagi habis," kata netizen.