SEORANG tutor wanita kecewa terhadap sikap segelintir ibu bapa yang tidak memberi kerjasama dalam usaha membantu anak meningkatkan prestasi akademik.Menurutnya, terdapat seorang pelajarnya lebih banyak menghabiskan masa keluar berjumpa teman wanita berbanding memberi fokus kepada pelajaran. Justeru itu, dia memberikan nasihat kepada pelajar Tingkatan Empat tersebut tetapi tindakan itu tidak disenangi ibunya."Kecewa betul dengan mak ayah macam ni. Sedih. Sebelum ni dia tak mampu bayar, kita kesian, jadi kenakan bayaran RM20 perjam.Pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh demi memperoleh kejayaan di masa depan. -Gambar hiasan AI"Tapi setiap hari selain belajar, dia keluar dating. Bila datang minggu depan kita tanya dia dah lupa apa yang dia belajar," katanya.Disebabkan bimbang, dia memberikan nasihat kerana sayang tetapi menerima amaran dari ibu pelajar tersebut."Mak dia kata cikgu tolong jangan tegur anak saya selain hal belajar. Dia dah tak nak datang kelas sebab cikgu tegur dia keluar dengan GF.ARTIKEL BERKAITAN: Tutor kena maki ibu pelajar tengah malam, tak puas hati anak gagal Matematik SPM... Rupanya sebab sibuk main TikTok!ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke nak memanusiakan murid?” - Cikgu makin tersepit, mak ayah lapor ke SISPAA gara-gara sindir anak bermasalah"Saya mak dia. Saya pantau dia. Cikgu jangan sibuk sangat macam itu anak cikgu," tulis guru terbabit.Menurutnya, pelajar tersebut masih lemah dalam asas pembelajaran, malah sering gagal dalam peperiksaan sejak sekolah rendah hingga Tingkatan Tiga.Katanya, pengalaman tersebut menjadi pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati dalam menerima dan menegur pelajar.Tutor wanita kecewa ibu pelajar tidak beri kerjasama.Pelajar Tingkatan Empat lebih fokus dating berbanding belajar.Teguran tutor tidak disenangi, ibu minta jangan campur hal peribadi.Pelajar lemah asas, sering gagal sejak sekolah rendah.Netizen nasihat tutor hentikan kelas, jangan terlalu berlembut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kita sanggup kurangkan harga untuk belajar. Maruah dipijak pijak macam tu je. Maaf cakap memang tak buat dah amal jariah," katanya.Perkongsian itu, menarik perhatian netizen memintanya jangan terlalu memberi muka kepada ibu bapa yang bersikap sedemikian."Hentikan kelas budak tu. Tak berbaloi kalau pelajar pemalas bayar murah pun tak hargai."Jenis tak beradab. Berhenti je ajar dia. Ramai lagi pelajar berpontensi yang nak belajar," kata warga maya.