suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi 3 bulan nak kahwin tapi jiwa runsing... Wanita geram bekas kekasih tunang jenis muka tembok, hari-hari gigih hantar makanan!

Individu yang sudah berkahwin atau bertunang sewajarnya lebih sensitif dan menjaga hati pasangan masing-masing. -Gambar hiasan AI

BERBAKI tiga bulan sebelum naik pelamin, namun persiapan sepasang bakal pengantin dihimpit mimpi ngeri apabila diganggu 'bayangan' masa lalu.

Bukannya tak cuba pertahankan hubungan, tapi taktik licik bekas kekasih yang masih tidak boleh menerima hakikat perpisahan benar-benar menguji kesabaran.

Kisah cemas ini dikongsikan seorang wanita di laman sosial yang mengakui jiwanya kini kacau dan runsing.

Menurut wanita tersebut, dia buntu selepas mengetahui bekas kekasih kepada tunangnya masih berusaha mendekati lelaki itu, walaupun mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga bulan lagi.

Individu yang kecundang dalam hubungan percintaan atau perkahwinan lazimnya mengambil masa untuk kembali 'pulih'. -Gambar hiasan AI

"Sedih dapat tahu bekas kekasih kepada tunang saya hampir setiap hari hantar makanan dekat dia.

"Walaupun tunang saya dah sekat dia, tapi dia gigih hantar makanan guna platform e-dagang. Makanan yang dihantar pula memang kegemaran tunang saya," katanya dalam hantaran tersebut.

Menurut pengadu lagi, situasi itu membuatkan dia semakin risau kerana wanita berkenaan mengetahui status pasangannya yang sudah bertunang, namun masih meneruskan tindakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bahagia dengan suami tapi asyik terkenang cinta lama! Pergi berubat, perawat dakwa dibomoh famili ex-BF

ARTIKEL BERKAITAN: Janda jejak ex-BF lepas kematian suami... Cinta 20 tahun lalu berputik semula, minta ruang jadi bini kedua

"Perempuan tu tahu tunang dah ada saya, tapi dia masih macam tu. Lagi tiga bulan kot kami nak kahwin, preparation semua dah buat," ujarnya.

Tambah wanita itu, usianya yang kini mencecah 35 tahun turut menyebabkan dia berasa tertekan dan takut sekiranya perkara tersebut memberi kesan kepada hubungan mereka.

"Saya dah berusia 35 tahun, untuk cari lelaki lain tu memang mustahil. Macam mana ya?" luahnya lagi.

  • Seorang wanita sedih bila dapat tahu bekas kekasih kepada tunangnya masih belum 'move on'.
  • Bekas teman wanita tunangnya itu sering hantar makanan kepada lelaki tersebut.
  • Wanita berkenaan tak putus asa hantar makanan walaupun sudah kena 'block' .
  • Dia bimbang kerana majlis perkahwinannya akan berlangsung lagi tiga bulan.
  • Netizen beri pelbagai cadangan, antaranya menyarankan tunangnya ambil tindakan lebih tegas.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai berpendapat tindakan bekas kekasih tunangnya itu menunjukkan dia masih belum dapat melupakan hubungan lama.

Bagaimanapun, sebahagian netizen berpandangan perkara paling penting adalah pendirian tunangnya sendiri untuk bersikap lebih tegas demi mempertahankan hubungan baharu.

"Abaikan je perempuan tu, proceed kahwin, kalau dia hantar lagi makanan, sedekah je dekat abang rider.

"Kalau tunang awak tak layan okey je. Biarkan bekas kekasih dia tu, lama-lama dia rasa tak dipedulikan, dia blah sendiri.

"Buat report polis boleh kot, sebab sampai dah tahap ganggu," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain