SETIAP ibu bapa pastinya mahu melihat anak-anak mereka membina keluarga dan menjalani kehidupan bahagia.Namun menurut seorang wanita, dia langsung tidak kisah jika anak-anaknya kekal membujang sehingga ke hari tua. Menurut wanita itu, dia juga enggan memaksa mereka mencari jodoh seperti kebanyakan ibu di luar sana.Setiap ibu mahu melihat anak-anaknya membesar sebagai insan berjaya dan bahagia. -Gambar hiasan AI"Saya sudah beritahu anak-anak, saya bukan ibu jenis tipikal. Mereka tak perlu kahwin kalau tak mahu."Perkahwinan bukan untuk semua orang. Mereka juga tak perlu ada anak, tak semua orang boleh jadi ibu bapa."Dunia kini mengalami lebihan populasi. Anak-anak ini komitmen sepanjang hayat.Wanita akui tak kisah sekiranya anak-anaknya tidak berkahwin.Dia juga tidak berharap untuk bergelar nenek suatu hari nanti.Dia berpendapat perkahwinan tidak menjami kebahagiaan.Ramai netizen di Threads bersetuju dengan pandangan wanita itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dah la banyak kes cerai, ramai juga yang abai anak. Jadi, hiduplah dengan gembira, jadilah manusia yang baik dan jaga agama," ujarnya.Wanita itu membuat perkongsian berkenaan menerusi aplikasi Threads.Di ruangan komen, ramai netizen turut memberikan pandangan masing-masing berhubung topik itu.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal rasa ‘dikulikan’ darah daging sendiri... Adik-beradik jijik urus najis bapa terlantar! - “Mereka ada berjuta alasan”ARTIKEL BERKAITAN: Ibu berubah sikap selepas bapa meninggal... Hadiah kereta jadi bahan ungkitan, siap luah penyesalan depan anak-anak lain"Betul tu. Perkahwinan bukan untuk semua orang, anak tu amanah. Jadi, tak semua orang boleh pikul amanah tu."Saya pun beritahu benda sama dekat anak. Kahwin kalau dah bersedia. Kalau tak, okey je single."Kamu ibu yang bijak. Baguslah sebab tak paksa anak ikut kebiasaan macam orang lain," tulis netizen lagi.