Penelitian dan semakan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengelakkan individu yang tidak layak menerima bantuan kerajaan. -Gambar hiasan AI
BANTUAN persekolahan sememangnya diwujudkan bagi meringankan beban keluarga yang benar-benar memerlukan.Namun tidak dinafikan ada di antara penerima sebenarnya tidak layak apabila menggunakan pelbagai helah bagi mendapatkan bantuan. Mengakui perkara tersebut berlaku, seorang guru tampil berkongsi pandangan tentang proses pemilihan penerima bantuan bagi mengelakkan golongan memerlukan tercicir daripada bantuan.Malah katanya, penelitian perlu dilakukan tanpa bergantung kepada maklumat dinyatakan dalam borang terutama ibu bapa yang tidak mempunyai slip gaji dan mendakwa menjalankan perniagaan kecil-kecilan.RMT merupakan antara bantuan yang diterima murid dari keluarga berpendapatan rendah. -Gambar hiasan AI"Anak pelajar yang tulis ibu bapanya kerja sendiri atau jual nasi lemak dan gerai kecil-kecilan, gaji RM2,000 sebulan atau RM1,500 sebulan ini kena siasat betul-betul."Kita simpati, kita pun senarai pendekkan nama mereka sebagai penerima bantuan," ujarnya di Threads.Menjelaskan pandangannya itu, ujar wanita ini, berdasarkan pengalaman berhadapan situasi berkenaan, kebanyakan individu berkaitan menjalani kehidupan mewah.Guru gesa semakan lebih teliti terhadap penerima bantuan persekolahan.Dakwa ada ibu bapa mengaku berniaga kecil dengan pendapatan rendah.Selepas disiasat, ada didakwa hidup mewah dan bercuti ke luar negara.Netizen setuju bantuan diberi kepada mereka yang benar-benar layak.Ada juga berpandangan aset bukan ukuran sebenar tahap kewangan.Ringkasan ini dijana oleh AIDakwanya lagi, terdapat ahli keluarga yang sering bercuti di luar negara dan sebenarnya berpendapatan tinggi."Apabila kenal lanjut, rupanya rumah dua tingkat, pakai kereta jenis Honda atau Toyota misalnya."Ada juga yang saban tahun bercuti ke luar negara," tambahnya berkongsi situasi yang berlaku ketika ini.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ada yang bersetuju supaya semakan lebih menyeluruh dilakukan bagi mengelakkan penipuan.ARTIKEL BERKAITAN: Individu tipu bank guna slip gaji palsu, terkejut HR pun dapat tahu... Ramai syak hukuman buang kerja menanti!ARTIKEL BERKAITAN: Guru dah lali lihat ibu bapa kaya manipulasi dokumen demi dapat bantuan... Lepas tu sibuk mengeluh anak tak pandai, degilNamun terdapat segelintir individu ang berpendapat bahawa keadaan kewangan seseorang tidak boleh dinilai berdasarkan aset semata-mata."Kesiannya M40 yang di atas pagar sebab anak tak dapat bantuan apa-apa."Nak siasat macam mana sebab mereka dah bawa surat akuan bertanda tangan dari ketua kampung atau penghulu."Jangan dengki, rezeki orang berniaga tak menentu, sekali banyak memang semua benda dibeli tapi adakalanya sedikit je dapat," demikian reaksi netizen.