suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam bulan ‘ghaib’ pukul 3 petang, lelaki letak jawatan lepas kantoi... Rupanya baru bercerai, terpaksa keluar ambil anak sekolah

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka pulang dari sekolah dengan selamat. -Gambar hiasan AI

SIKAP pekerja yang suka curi tulang bukan sahaja menyusahkan rakan sepejabat malah boleh menimbulkan kemarahan majikan.

Menurut seorang pemuda, tempat kerjanya turut berdepan masalah itu apabila salah seorang rakan sekerja kerap 'hilang' antara pukul 3 hingga 4.30 petang.

"Ada seorang kakitangan ini selalu hilang. Pukul 4.30 petang baru dia muncul balik. Benda ini dah berlarutan lima ke enam bulan.

Pekerja tidak sepatutnya hilang dalam waktu bekerja. -Gambar hiasan AI

Pekerja tidak sepatutnya hilang dalam waktu bekerja. -Gambar hiasan AI

"Kami ingat dia sakit, jadi kami tak tanya. Tapi banyak juga kerja dia terlepas. Bila kantoi, dia kena 'sound' dengan bos. Dia cuma jawab ada hal peribadi," dedahnya.

Menurut pemuda itu, pekerja tersebut hanya menceritakan hal sebenar selepas dia meletakkan jawatan daripada syarikat berkenaan.

"Rupanya dia keluar sekejap ambil anak balik dari sekolah. Dia dah jadi bapa tunggal. Baru enam bulan bercerai.

  • Seorang lelaki kerap hilang dari tempat kerja pada waktu petang.
  • Lelaki itu rupa-rupanya baru bercerai enam bulan lalu.
  • Dia terpaksa keluar senyap-senyap untuk menjemput anaknya di sekolah.
  • Rahsia itu hanya terbongkar selepas dia berhenti kerja daripada syarikat tersebut.

"Dia juga sebenarnya pernah diberi amaran oleh HR, tapi dia buat tak tahu. Dia lebih utamakan anak daripada kerja.

"Ini yang dia ceritakan kepada kami selepas selesai exit interview. Rupanya menghilang bukan curi tulang, tapi dia tak ada pilihan lain dah," ceritanya lagi.

Kisah yang dikongsi menerusi platform X itu turut menerima pelbagai pandangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dah ‘warning’, wanita angau tetap kahwin duda... Sekarang menyesal ‘belang’ suami terbongkar selepas sebulan tinggal sebumbung

ARTIKEL BERKAITAN: Duda hidup tak tenang, foto ‘burung’ jatuh ke tangan kawan-kawan! Bekas isteri balas dendam lepas bercerai, sebar cerita dalam kain

"Sepatutnya dia boleh berbincang dengan majikan atau HR, minta keluar sekejap ambil anak. Boleh je bertolak ansur.

"Benda macam ini kenalah bincang dengan bos atau HR. Mintalah balik kerja lewat sikit sebab dah curi masa pergi ambil anak.

"Walhal benda ni boleh je bincang dengan majikan, tapi dia buat majikan nampak kejam," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain