Teguran seorang ibu bukan bertujuan mengkritik, sebaliknya mahu melihat anaknya menjadi versi yang lebih baik. -Gambar hiasan AI
TIADA manusia yang sempurna dan setiap individu itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Bagaimanapun ada beberapa tabiat tertentu mungkin memberi kesan kepada personaliti seseorang dan peluang mencari pasangan hidup. Begitulah pandangan dikongsikan seorang individu mengenai sepupunya yang belum bertemu jodoh meskipun memiliki rupa paras menarik selain masih muda."Sepupu aku nak kahwin tapi tak ada siapa nak dia. Umur pun muda lagi, rupa elok je, muka bersih. Cuma badan berisi sikit."Mak dia ada tegur suruh jaga percakapan sebab dia jenis kalau bercakap suara kuat atau jerit," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Dah masuk 30-an, lelaki bujang cari jodoh terus tanya nilai hantaran... Cantik, cinta 'jatuh' perkara nombor duaARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘demand’ bab cari jodoh, tolak wanita selalu muncul di media sosial - “Naik muak tengok”Menurutnya, teguran itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh sepupunya yang menganggap cara percakapan tersebut merupakan sifat semula jadi dirinya."Dia kata biarlah orang tahu kekurangan dia," katanya lagi.Berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman peribadi, individu itu mendakwa kebanyakan lelaki lebih tertarik kepada wanita yang bercakap dengan nada lembut dan tidak terlalu kuat.Katanya, faktor suara kadangkala memainkan peranan lebih besar daripada penampilan fizikal dalam menarik perhatian seseorang.Cara seseorang bercakap boleh mempengaruhi persepsi, sama ada dalam persahabatan, kerjaya mahupun hubungan percintaan. -Gambar hiasan AI"Pengalaman aku dulu berkawan dengan orang lelaki, kebanyakan mereka suka perempuan yang bercakap suara perlahan."Mereka lebih tertarik pada suara daripada rupa. Orang lelaki mudah cair dengan suara yang lembut. Bukan gedik, tapi suara perlahan," ujarnya.Tambahnya, setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing, namun tidak salah untuk memperbaiki perkara tertentu sekiranya sedang berusaha mencari pasangan hidup.Malah, dia berpendapat seseorang perlu lebih berhati-hati dalam menampilkan diri ketika berada dalam fasa perkenalan dan mencari pasangan.Seorang individu mendakwa sepupunya masih belum bertemu jodoh walaupun muda dan berwajah menarik.Menurutnya, wanita itu sering ditegur ibunya kerana bercakap dengan suara kuat.Namun, sepupunya enggan berubah kerana menganggap itu sifat semula jadinya.Individu tersebut berpendapat kebanyakan lelaki lebih tertarik kepada wanita yang bercakap dengan nada lembut.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen mengenai pengaruh cara percakapan dalam mencari pasangan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Nak mencari jodoh ni kena banyak cover sikit. Bila dah kahwin, barulah buka semua benda," ujarnya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen tentang isu dibangkitkan."Suami saya pun jenis tak suka cakap jerit-jerit. Yang suka cakap jerit-jerit ni suami cepat stres."Dulu saya ada kawan jenis suara bingit. Muka lawa tapi suara bingit. Kita yang kawan perempuan pun dengar rasa nak tampar," antara komen netizen.Namun ada sebahagian netizen berpendapat seseorang tidak seharusnya mengubah personaliti semata-mata untuk menarik perhatian bakal pasangan.