suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Babysitter’ rasa tak berbaloi dibayar RM100 sehari jaga anak klien pergi haji, penat mental dilayan macam orang gaji

Klien sepatutnya tidak mengambil kesempatan ke atas kebaikan sikap pengasuh sambilan. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengasuh sambilan meluahkan rasa tertekan apabila tugas yang dipersetujui bersama klien didakwa semakin melampaui skop kerja.

Tidak hanya itu, dia diberikan arahan seolah-olah dibayar upah sebagai pembantu rumah.

Meluahkan kesedihan dialami, adu wanita ini, dia menjalankan perkhidmatan sebagai babysitter secara on demand dengan kadar bayaran RM20 sejam selain turut menerima kerja sebagai pembantu klien.

"Baru-baru ini saya ambil job dengan klien yang nak pergi haji dan setuju untuk standby 24 jam bagi membantu sepanjang ketiadaannya.

Perbincangan awal mengenai tugasan dan bayaran perlulah dibuat secara 'hitam putih'. -Gambar hiasan AI

Perbincangan awal mengenai tugasan dan bayaran perlulah dibuat secara 'hitam putih'. -Gambar hiasan AI

"Masa awal deal, skop kerja saya sudah diterangkan awal-awal iaitu kemas ruang tamu, bilik anak-anak dia dan basuh baju budak.

"Saya juga setuju untuk tolong masak apa-apa berkaitan dengan anak-anak dia sahaja yang ada tiga orang, bayaran RM100 sehari," luahnya di Threads.

Menurut pengadu, dia menerima tawaran berkenaan disebabkan rasa kasihan dan berniat untuk membantu individu terbabit yang mahu mengerjakan ibadah haji.

Namun malangnya, selepas memulakan kerja di rumah tersebut, dia dilayan seperti orang gaji.

  • Babysitter dakwa tugas makin lari daripada skop asal.
  • Terima job jaga tiga anak ketika klien pergi haji.
  • Dibayar RM100 sehari, perlu standby 24 jam.
  • Dakwa dilayan seperti pembantu rumah keluarga.
  • Netizen nasihat tetapkan sempadan kerja lebih awal.

Lebih menambah rasa pilu apabila dia juga perlu membasuh cadar dan tuala adik-beradik serta ipar duai keluarga pelanggannya itu.

"Saya kena kemas bilik orang lain yang langsung tiada kena mengena dengan kanak-kanak itu, mak klien pun selalu suruh buat itu ini yang di luar skop kerja asal.

"Saya bukanlah pemalas tapi memang jenis suka rumah teratur dan buat kerja memang ikhlas tapi apabila makin banyak kerja yang lari dari persetujuan asal, terus penat mental," adunya lagi.

Menurut wanita itu, situasi tersebut menyebabkan dia mula hilang semangat untuk bekerja selain berasa tidak lagi ikhlas menjaga anak-anak pelanggan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima jam mengasuh dua budak diupah RM30, disuruh pula buat kerja rumah... Lelaki bengang isteri dianiaya jiran sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita runsing fikir nasib bayi, pengasuh sibuk buat bisnes kek... Siap minta ‘stroller’, senang nak bawa anak pergi beli barang

Walaupun keluarga pelanggan melayannya dengan baik, dia kini buntu sama ada mahu berbincang dengan klien berkenaan atau meneruskan kerja sehingga tempoh dipersetujui tamat.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menasihatkan wanita tersebut supaya menetapkan sempadan kerja lebih awal agar tidak dipergunakan pihak tertentu.

"Kena maklumkan balik pada klien suruh dia handle adik-beradik dan ibu bapa dia, awak tak boleh bagitahu sendiri sebab nanti jadi isu.

"Saya pernah kena macam ini, apabila terlalu baik dan kesian orang, macam itulah jadinya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain