suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tak sanggup serumah dengan mentua... Suami pilih cerai, bertegas mahu jaga bapa sudah tua - “Adakah saya pentingkan diri?”

Suami isteri perlu lebih memahami situasi masing-masing. -Gambar hiasan AI

HASRAT seorang lelaki membawa bapa tinggal bersama selepas berkahwin menjadi titik perbalahan sehingga sang isteri rela bercerai daripada tinggal sebumbung dengan mentua.

Menurut wanita ini, bapa mentuanya pernah menyuarakan hasrat tinggal bersama mereka kerana tidak selesa menetap di rumah sewa.

Dakwanya, bapa mentua turut memberi tekanan supaya dia dan suami membeli rumah baharu agar dapat tinggal bersama di bawah satu bumbung.

"Bapa mentua menekan-nekan saya dan suami beli rumah supaya dia boleh duduk bersama. Adakah saya dikira selfish kalau saya cakap tidak mahu dan tak selesa?

Suami perlu fahami situasi isteri sebelum membuat sebarang keputusan. -Gambar hiasan AI

"Saya rasa dia yang pentingkan diri dan tidak ada common sense. Kami baru tiga tahun kahwin dan belum ada anak lagi. Kehidupan kami selepas berkahwin pun masih belum betul-betul stabil.

Saya cakap dekat suami saya tidak mahu duduk bersama mentua tapi dia kata mahu jaga bapanya sebab sudah tua," cerita wanita itu di Threads.

Wanita itu berkata, disebabkan kecewa dia pernah meluahkan rela tinggal bersendirian daripada menjaga dua lelaki dalam satu rumah, namun respon suami merobek hati.

Katanya, suaminya lebih rela bercerai dan memilih untuk menjaga bapanya membuatkan wanita ini tawar hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedih baru setahun kahwin bakal jadi janda... Suami enggan pindah dari rumah ibu, rela pilih cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita akhirnya pilih cerai setelah suami 13 kali curang siap bukti, pertama kali kantoi sejam selepas akad nikah

"Saya kata lebih rela duduk sorang-sorang dari kena duduk dengan bapa mentua dan jaga mereka. Suami pun cadang supaya kami bercerai.

"Normal ke saya rasa lebih rela bercerai daripada duduk dengan bapa mentua? Lagipun saya penat duduk bersama manchild (lelaki tidak matang) ini.

"Saya sudah lama rasa tawar hati dengan sikap dia. Kalau dia lebih pentingkan bapa dia daripada saya dan ingin bercerai, saya tak akan halang," jelasnya.

  • Suami pilih cerai selepas isteri enggan tinggal bersama bapa mentua.
  • Bapa mentua mahu pindah masuk, rumah tangga pasangan muda jadi tegang.
  • Wanita belum bersedia tinggal serumah dengan mentua selepas tiga tahun kahwin.
  • Konflik tercetus apabila suami mahu jaga bapa yang sudah tua bersama-sama.
  • Wanita akui sudah lama tawar hati dengan sikap suami.

Ruangan komen pula dipenuhi pelbagai pandangan netizen yang rata-ratanya memahami pendirian wanita tersebut.

"Bapa mentua patut usaha beli rumah, sedia maklum rumah sewa tak selesa. Puan berhak menolak melalui suami. Tak sesuai.

"Kalau rasa teruskan hubungan akan tambah dosa daripada pahala lebih baik berpisah. Saya selalu fikir macam ini sebab perkahwinan adalah lubuk pahala.

"Kalau perkahwinan itu bertukar menjadi lubuk dosa, atas sebab apa sekali pun, maka baiklah ditamatkan," komen beberapa netizen.

Artikel Lain