suria

Wanita akhirnya pilih cerai setelah suami 13 kali curang siap bukti, pertama kali kantoi sejam selepas akad nikah

Individu yang sudah berkahwin perlu menjaga batas pergaulan demi keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI

DETIK selepas selesai akad nikah sepatutnya menjadi permulaan hidup baharu paling bermakna bagi pasangan yang sebelum ini menjalinkan hubungan cinta.

Namun bagi seorang wanita, kebahagiaan itu hanya bertahan seketika sebelum dia diuji dengan realiti yang menyakitkan.

Menerusi satu perkongsian di laman Thread, wanita tersebut meluahkan pengalaman pahit yang dilalui apabila mengetahui tentang kecurangan suaminya, tidak sampai satu jam selepas mereka sah bergelar pasangan halal.

Sikap tidak jujur terhadap pasangan boleh mengancam keharmonian perkahwinan. -Gambar hiasan

"Selepas akad nikah yang tak sampai sejam tu, kami tukar handphone sebab dia nak guna handphone saya untuk tangkap gambar, so saya pegang handphone dia.

"Saya buka WhatsApp dia, saya terus speechless. Tangan saya shaking sangat. Ada chat sorang perempuan ni yang tak best," tulisnya dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rekod bersih’ dari zaman bercinta di kolej, suami akhirnya terlanjur dengan bibik! Beri alasan isteri asyik tolak seks - "Maid cakap banyak kali"

ARTIKEL BERKAITAN: Suami check in dengan skandal, isteri salahkan diri sendiri! Menyesal 'tayang' kebaikan, kesempurnaan di media sosial

Wanita tersebut mengakui perasaannya bercampur baur antara marah, kecewa dan sedih ketika itu sehingga terfikir untuk bercerai biarpun masih bergelar pengantin baharu.

Menurutnya, dia mengasak suami dengan pelbagai pertanyaan namun lelaki tersebut ternyata tidak jujur. 

  • Seorang wanita mendedahkan suaminya curang tidak sampai sejam selepas mereka sah bernikah.

  • Kecurangan itu terbongkar apabila dia menemui perbualan mencurigakan dalam WhatsApp suaminya.

  • Suaminya berulang kali berbohong walaupun diberi beberapa peluang untuk berterus terang.

  • Wanita itu akhirnya mengetahui suaminya telah berjumpa wanita lain sebelum akad nikah.

  • Walaupun memaafkan, perkahwinan mereka gagal diselamatkan selepas suami terbukti curang berkali-kali.

"Saya tanya dia siapa perempuan ni, kenapa dia chat macam ni? Dia tipu ya, tak jujur. 

"Nonsense (mengarut) gila reason (alasan) dia bagi tapi saya tak putus asa. Tiga kali bagi peluang (beri penjelasan), dia tipu. So saya chat betina tu dan tanya. Rupanya tiga hari sebelum kami akad nikah, dia keluar makan dengan betina tu.

"Saya tanya ada buat bukan-bukan? Dia cakap tak ada. Saya tanya ada sentuh? Dia jawab pegang tangan je. Kecewa ye... saya menangis," luahnya.

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan. 

Tambah wanita tersebut, suaminya berulang kali meminta maaf dan berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan tersebut.

Meskipun memilih untuk menjadi pemaaf dan memberi peluang, wanita tersebut berkata perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan.

"Berapa kali dia curang sepanjang berkahwin? 13 kali berserta bukti," kongsinya lagi.  

Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib perkahwinannya dan menasihati kaum wanita agar lebih berhati-hati dalam mencari pasangan.

 

Artikel Lain