suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar 9A ‘reject’ biasiswa bidang pergigian, terpaksa ikut selera mak ayah jadi cikgu sekolah - “Usaha saya hanya sia-sia”

Dilema antara impian sendiri dengan kemahuan keluarga boleh menyebabkan seseorang anak tertekan. -Gambar hiasan AI

BAGI kebanyakan pelajar, keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi titik permulaan untuk mengejar cita-cita yang sekian lama diimpikan.

Namun bagi individu ini, kejayaan yang sepatutnya menjadi detik paling membanggakan bertukar perit apabila dia terpaksa mengorbankan impian sendiri demi memenuhi kehendak keluarga.

"Beberapa hari lagi untuk melangkah ke IPG (Institut Pendidikan Guru), tiada semangat langsung untuk sambung belajar. 

"Sedih sangat. Ibu bapa saya paksa masuk IPG walaupun itu bukan impian saya untuk jadi seorang guru," tulisnya dalam satu hantaran di Threads. 

Setiap anak pasti mahu membanggakan kedua orang tuanya. -Gambar hiasan AI

Menurut individu berkenaan, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian demi mengejar impian bergelar seorang doktor gigi.

Malah, impiannya itu semakin hampir menjadi kenyataan apabila dia berjaya memperoleh biasiswa untuk mengikuti jurusan tersebut selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

"Tersepit sangat rasa. Saya dapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada mulanya memang happy sangat sebab dapat straight A's dan cukup syarat untuk mohon dentistry (ilmu pergigian).

"Tapi apabila orang sekeliling tak support untuk saya sambung dalam bidang yang saya mahukan, rasa macam usaha saya selama ni sia-sia," luahnya.

Lebih merumitkan keadaan, dia mendakwa ibu bapanya seolah-olah enggan merestui pilihannya dan meluahkan rasa kecewa sekiranya dia tidak mengikuti pengajian di IPG.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap kerjaya lama berisiko tinggi, graduan kejuruteraan kejar impian bergelar zookeeper, mahu jaga singa

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan jurusan pengajian antarabangsa tertekan dituduh ‘sailang’ rezeki orang... Akui jadi cikgu demi kelangsungan hidup

"Saya mula rasa serba salah dan takut ibu bapa tak reda atas pilihan saya. Jadi saya reject dentistry supaya ibu bapa tak kecewa dengan saya.

"Beberapa hari lepas saya pergi ke sekolah untuk ambil sijil SPM, ramai cikgu persoalkan kenapa tak grab biasiswa. Saya rasa sangat kasihan pada diri sendiri kerana terpaksa melalui perkara ini," luahnya.

Walaupun berdepan dilema yang berat, individu berkenaan mengakui masih cuba menerima apa yang telah berlaku dan berharap diberikan kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidupnya.

Perkongsian tersebut mengundang simpati ramai yang memahami situasi sukar dilalui individu berkenaan, terutama apabila melibatkan dilema antara impian peribadi dan harapan keluarga.

  • Seorang individu meluahkan rasa sedih kerana terpaksa korbankan impina melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian.
  • Dia merupakan pelajar cemerlang dan mendapat tajaan biasiswa.
  • Namun ibu bapanya memintanya menjadi seorang guru.
  • Dia tersepit namun memilih untuk mengutamakan reda orang tua.
  • Netizen tampil dengan reaksi bercampur, ada yang minta dia teruskan impian sendiri dan ada juga menyarankan untuk patuh kepada ibu bapa.

Rata-rata berpendapat keputusan berkaitan masa depan perlu dipertimbangkan dengan sebaiknya kerana ia bakal menentukan perjalanan hidup seseorang dalam jangka masa panjang.

"Pandai dan layak jadi dentist, go fo it.

"Sedih baca coretan macam ini. Bukan senang nak dapat biasiswa. Tempat terhad. Persaingan tinggi.

"Dah 2026 ada juga parents yang paksa anak pilih laluan kerjaya yang anak sendiri langsung tak minat. Kesian," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain