suria

Graduan jurusan pengajian antarabangsa tertekan dituduh ‘sailang’ rezeki orang... Akui jadi cikgu demi kelangsungan hidup

Segelintir individu memilih bidang perguruan sebagai kerjaya akhir. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa dengan pandangan masyarakat yang sering mempersoalkan laluan kerjaya graduan universiti khususnya jika mereka gagal menembusi pasaran kerja dalam bidang pengajian.

Berkongsi situasi dialami, individu berkenaan menegaskan setiap orang pasti sanggup melakukan apa sahaja supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup.

"Pergi jahanam dengan orang yang kata... akhirnya jadi cikgu juga.

Guru mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan membentuk akhlak serta sahsiah murid. -Gambar hiasan

Guru bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan membentuk akhlak serta sahsiah murid. -Gambar hiasan

"Aku tak minta banyak, cuma nak survive je dalam hidup... ijazah aku, ijazah yang tak banyak kerja dalam Malaysia ni.

"Ya, aku salah percaturan masa belajar sebab dapat kursus 'campak', memang semuanya salah dalam hidup aku ni," luahnya di Thread.

Lebih menambah rasa sedih apabila pengadu turut membayangkan kehidupan yang gagal suatu hari nanti jika dia tidak mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi rakan trauma dibuli, wanita geram pembuli berjaya jadi guru - "Berubah baik konon, mangsa terus tertekan"

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun kaunselor sekolah jadi ‘kambing hitam’, dipaksa ajar subjek akademik... Jadi cikgu PJ pun pernah!

Meskipun dianggap membazir tenaga dan wang ringgit sepanjang tempoh melanjutkan pendidikan dalam jurusan Pengajian Antarabangsa, namun bagi lelaki ini, masa hadapannya dan keluarga adalah lebih penting.

"Aku bukan nak caras kerja orang,  bukan nak bazirkan ijazah aku tapi aku nak survive.

  • Lelaki luah kecewa bila graduan dihukum sebab kerja tak ikut bidang.
  • Katanya cuma nak terus hidup dan cari rezeki halal.
  • Ambil DPLI bukan nak ‘caras’ kerja orang tapi nak masa depan stabil.
  • Sedih bila usaha dianggap sia-sia dan hidup sering dihakimi.
  • Netizen sokong, pesan supaya terus kuat dan jangan peduli cakap orang.

"Aku cuma nak ada kerja tetap dan masa depan yang elok sikit daripada sekarang.

"Aku nak ada gaji yang setimpal untuk diri aku dan keluarga," tegasnya yang sedih dengan sikap orang sekeliling yang suka menghakimi kehidupan orang lain.

Luahan jujurnya itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memahami situasi dialami.

Warga maya memberi kata-kata nasihat padanya.

Warga maya memberi kata-kata nasihat padanya.

"Tak perlu fikir sangat apa orang kata, bukan mereka yang suap nasi ke mulut kita, kita tak boleh kawal lisan orang.

"Kau sepatutnya kuatkan semangat. Hidup ni lebih daripada sekadar nak bermasam muka dengan orang yang kata ambil DPLI tu cara mudah dapat kerja. 

"Tak semua orang ditakdirkan jadi guru, teruskan dan jangan peduli pandangan orang," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain