suria

“Kau galak nak kahwin sangat!” - Wanita tegur rakan baik mengadu hal rumah tangga, burukkan suami gaji kecil

Setiap masalah boleh diselesaikan jika ada persefahaman bersama. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita tidak menyangka nasihat jujur yang diberikan kepada seorang kenalannya berhubung perkahwinan akhirnya menjadi penyebabkan silaturahim antara mereka terputus.

Ujar wanita terbabit, dia pernah menasihati rakannya agar tidak terburu-buru untuk berumah tangga memandangkan pihak lelaki baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah.

"Rasa macam nak cerita kes saya putus kawan. Saya cakap dia galak nak kahwin awal.

"Kemudian apabila lelaki tu tak boleh jadi provider, dia bising (merungut). Apa la bodoh sangat kawan aku tu. Dua-dua umur 24 tahun, lelaki tu baru habis pengajian peringat ijazah.

Elakkan daripada memberi nasihat mengenai perkahwinan jika tidak dipinta. -Gambar hiasan

"Dia baru nak mula kerja dengan gaji RM1,800 sebulan. Tapi kawan aku tak menyempat-nyempat ajak kahwin dengan alasan sudah lama bercinta," jelasnya di media sosial.

Bercerita lanjut, pengadu berkata dia difahamkan keluarga pihak lelaki juga pada mulanya tidak bersetuju namun perkahwinan diteruskan selepas didesak keluarga perempuan.

Bagaikan sudah dijangka, lima bulan kemudian rakan kepada pengadu meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa suaminya gagal melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga dengan baik.

"Dia mengadu suami dia tak boleh jadi provider. Kawan aku kerja dua tahun lebih awal sebab dia lepasan diploma. Gaji dia sudah mencecah RM2,500 sebulan.

"Bising-bising dia mengadu suami dia tu mampu bayar rumah je... kos makan dan travel dia kena top-up," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz mengadu dalam grup WhatsApp kepala dibaling plastisin, anak pula cerita versi lain... Ibu keliru siapa fitnah siapa?

ARTIKEL BERKAITAN: Bini merajuk enggan buka pintu rumah, suami tidur dalam kereta ditemukan maut! Pemuda nasihat isteri hargai penat pasangan

Dalam masa sama pengadu berkata dia mengambil kesempatan itu untuk sekali lagi mengingatkan kepada rakannya  bahawa dia sudah lebih awal memberi nasihat tentang hal berkenaan namun tidak diendahkan.

"Aku automatik sindir dia... kau la bodoh, aku dah cakap haritu tak payah kahwin lagi. Tapi kau galak nak kahwin sangat kan.

"Realitinya mamat tu baru mula kerja gaji RM1,800 dan dia juga beria cakap tak apa, tiada masalah. Sekarang hadap la akibat daripada keputusan sendiri.

"Balik daripada melepak tu aku kena block (sekat)," cerita wanita itu lagi.

  • Wanita kecewa putus kawan sebab nasihat kahwin mengguris hati.
  • Kawan terlalu beria nak kahwin walaupun pasangan baru mula kerja gaji rendah.
  • Keluarga pihak perempuan mendesak, kahwin tetap diteruskan.
  • Lima bulan kemudian, masalah kewangan timbul, wanita rasa suami tak laksanakan tanggungjawab dengan baik.
  • Netizen kata cinta kadang-kadang buta, nasihat jujur boleh menyakitkan hati.

Perkongsian berkenaan mengundang reaksi netizen dengan mengakui kata-kata cinta itu buta wujud dalam realiti kehidupan.

"Betul la cinta itu buta. Kita yang tak bercinta ni, memang nampak realiti. Tapi itulah, nasihat macam mana pun bukan nak dengar.

"Kadang-kadang apabila kita beritahu perkara jujur dengan kawan pun mereka nak terasa. Tertekan ya dapat kawan macam ni.

"Tegur salah. tak tegur pun salah. Akhir sekali lantaklah hidup dia tu, janji jangan kacau hidup aku," komen beberapa netizen.

Artikel Lain