suria

Cikgu junior menangis setiap hari, penat pikul beban kerja senior gred tinggi tapi buta IT! - “Saya kena urus semua sistem data murid”

Pekerja tidak kira muda atau tua perlu menguasai teknologi. -Gambar hiasan AI

SEORANG guru meluahkan rasa tertekan selepas terpaksa memikul pelbagai tugas gara-gara rakan sekerjanya yang lebih senior tidak mahir menggunakan komputer.

Menurut guru wanita itu, dia sering dibebankan dengan tugasan yang sepatutnya diselesaikan guru berjawatan lebih tinggi.

Hal ini berlaku apabila guru besar menyerahkan semua tugas berkaitan sistem data dan komputer kepadanya.

Perkembangan teknologi menyaksikan guru juga perlu menggunakan pendekatan baharu dalam mengajar. -Gambar hiasan AIPerkembangan teknologi menyaksikan guru juga perlu menggunakan pendekatan baharu dalam mengajar. -Gambar hiasan AI

"Nak jadi cikgu tolonglah pandai guna komputer, laptop, printer dan lain lain. Penat kita ni cikgu gred rendah kena pegang jawatan orang yang bergred tinggi.

"Disebabkan cikgu tu tak pandai guna komputer, guru besar campak semua ni kat cikgu muda.

"Sistem data murid semua saya yang kena urus. Saya ni ciput je dekat sekolah tu, serius penat sangat,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kitalah raja, permaisuri dalam rumah tangga" - Guru minta ibu bapa tak hidup bertuankan anak, risau nanti menyesal

ARTIKEL BERKAITAN: Guru risau murid Melayu makin ramai di SJKC, kelahiran bayi Cina pula merosot - "Macam mana cikgu nak ajar?"

Guru itu turut berkongsi bahawa dia sudah cuba mengajar rakan sekerja cara menggunakan perisian penting seperti PowerPoint, Excel dan sebagainya, namun usahanya tidak berhasil.

“Saya dah ajar macam mana nak isi data murid dalam sistem, tapi dia tetap tak nak buat. Nak buka komputer pun tak reti. Nak masuk WhatsApp dalam laptop pun tak tahu,” katanya.

  • Guru muda dibebankan tugas komputer kerana rakan senior tidak mahir IT.
  • Semua kerja sistem data diserahkan kepadanya oleh guru besar.
  • Rakan sekerja tetap tidak mahu belajar walaupun sudah diajar.
  • Guru muda itu menangis hampir setiap hari akibat tekanan kerja.
  • Netizen kecam pentadbiran dan anggap kemahiran komputer wajib untuk guru.

Tekanan kerja yang menimbun menyebabkan guru muda itu menangis hampir setiap hari kerana penat dan hilang motivasi.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang bersimpati dan bersetuju bahawa kemahiran asas komputer sepatutnya dikuasai semua pihak.

"Tak patut sangat alasan tak reti guna itu ini... kemudian bagi tugas kepada cikgu muda. Ini memang kelemahan pentadbir.

"Saya rasa mereka tahu buat tapi pura-pura tak tahu sebab tak nak buat keja tu," komen netizen.

Artikel Lain