suria

Ujian hari ke-44 perkahwinan.... Duda anak 3 rupanya miang, ‘kantoi’ rancak mesej wanita lain - “Dulu bersungguh nak dekat kita”

Curang sering bermula dengan perkara kecil, tetapi kesannya boleh menghancurkan hubungan. -Gambar hiasan AI

PENGANTIN baharu sepatutnya menikmati fasa awal perkahwinan atau bulan madu dengan penuh rasa bahagia.

Namun berbeza pula dengan wanita ini yang hebat diuji biarpun usia perkahwinannya belum mencecah dua bulan.

"Perkahwinan aku baru saja 44 hari. Tapi dugaan yang datang dan benda yang aku lalui, macam dah bertahun kahwin," dia membuka cerita.

Menerusi perkongsian di laman Threads, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, kisah bermula selepas dia terdetik untuk memeriksa telefon bimbit suaminya. 

Curang merosakkan kepercayaan yang menjadi asas dalam sesebuah hubungan. -Gambar hiasan

"Aku kahwin dengan duda anak tiga. Bulan lepas, suami bawa aku dan anak-anak staycation dekat Kuala Lumpur.

"Masa dekat hotel tu, anak dia tengok YouTube dekat phone dia. Kebetulan suami aku tidur sebab nak rehat. Tiba-tiba anak dia bagi phone bapanya dekat aku sebab tak pandai buka YouTube. 

"Aku terdetik nak check terus phone suami aku. Dan benda yang paling aku terkejut, bila buka Instagram dia," luahnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal kahwin duda! Suami paksa bayar pengasuh, jaga sepenuhnya 3 anak tiri... Ugut jika berhenti kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta duda buat gadis dalam dilema, terbit rasa cemburu dengan bakal anak tiri... Risau zuriat sendiri ‘miskin’ kasih sayang bapa

Menurut wanita itu, hatinya hancur apabila melihat sendiri betapa suaminya rancak berbalas mesej dengan rakan berlainan jantina menerusi laman sosial berkenaan.

"Fuh. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya bila baca setiap DM dengan perempuan. 

"Suami aku komen-komen Instagram Story perempuan siap minta gambar selfie, ada yang gurau balik KL boleh dating... kirim salam dekat adik. Kau rasa? Hancur ke tak hati aku sebagai isteri?" kongsinya.

  • Seorang wanita berkongsi dugaan yang menimpa dirinya walaupun baru berkahwin 44 hari.

  • Dia terkejut apabila ternampak mesej suaminya di Instagram dengan wanita lain.

  • Suaminya menafikan berlaku curang dan mendakwa hanya gurau dengan rakan sekerja.

  • Wanita itu menegur suami supaya menjaga batas hubungan dengan perempuan lain.

  • Warga maya menasihati supaya ambil tindakan sewajarnya atau pertimbangkan semula rumah tangga.

Apa yang mengecewakan, jawapan yang diberikan suami ketika ditanya mengenai perkara berkenaan benar-benar tidak dapat diterima.

"Respons dia, semua tu kawan sekerja pejabat dia. Normal la gurau-gurau macam tu. Katanya dia tak curang pun. Aku tetap tegas untuk tegur dia supaya jaga batas dengan mana-mana perempuan. 

"Dulu dialah paling bersungguh nak dekat kita, lepas kahwin, berubah terus. Kalau tahu, tak ada la nak terima dia. 

Sebahagian daripada komen warga maya.

"Boleh ke kita nak doa supaya Allah balas setiap kali dia mengkhianati  dalam diam?" luahnya sambal meminta pandangan netizen. 

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita berkenaan mengambil tindakan sewajarnya jika mahu mempertahankan rumah tangga.

Namun, ada yang berpendapat, apa yang berlaku mempunyai hikmah dan ia adalah petunjuk untuk dia kembali mempertimbangkan hubungannya dengan suami.

Artikel Lain