suria

Kesal kahwin duda! Suami paksa bayar pengasuh, jaga sepenuhnya 3 anak tiri... Ugut jika berhenti kerja

Memikul tanggungjawab menjaga anak dan bekerja dalam satu masa sama bukan perkara mudah. -Gambar hiasan AI

KEPUTUSAN berkahwin dengan duda memberikan cabaran besar buat wanita ini apabila rumah tangga yang baru dibina sering berantakan dan penuh dengan perselisihan faham.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata dia sering dimarahi serta dilabel isteri tak guna gara-gara tidak mampu menjaga tiga anak tirinya seperti diinginkan suami.

Wanita itu berkata, dia mempunyai kerjaya sendiri tetapi suami berhasrat mengambil semula tiga anak daripada bekas isteri tanpa memikirkan tentang penjagaan mereka.

"Saya baru berkahwin enam bulan tapi suami dah kata saya bini tak guna. Suami ingat bila kami kahwin, saya bolehlah jaga anak-anak dia.

Setiap wanita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal apabila mahu berkahwin dengan duda. -Gambar hiasan

"Dia nak ambil semua anak dia semula (daripada bekas isteri). Tapi masalahnya saya kerja jadi siapa nak jaga, hantar pergi sekolah? Saya balik kerja pukul 6 petang.

"Anak-anak dia yang masih usia bayi tu. Bukanlah saya tak nak jaga, saya pun bekerja jadi masa mana saya nak buat?" katanya yang terkilan dengan sikap suami.

Keadaan semakin tegang apabila suami seolah-olah tidak mahu memberikannya nafkah apabila menolak hasratnya untuk berhenti kerja demi menjaga anak-anak tiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa kenal duda T20 usia 50 tahun, wanita tersentak diminta ikat peranakan jika jadi kahwin - “Rasa macam dia penting diri”

ARTIKEL BERKAITAN: Derita kahwin duda, wanita sedih suami terbuai memori dengan arwah isteri... Layanan atas katil pun dibandingkan!

Malah, dia juga mengesyaki suami mengharapkan agar dia membayar yuran bulanan pengasuh.

"Bila saya kata nak berhenti kerja jaga anak-anak tiri, dia kata berlambak je isteri kerja sambil jaga anak.

"Dia macam tak nak tanggung nafkah saya. Nak isteri kerja, jaga anak dan tanggung kos pengasuh anak dia," katanya.

Menurutnya lagi, ketiga-tiga anak suami sudah dijaga oleh pengasuh sebelum mereka berkahwin lagi dan kosnya adalah RM1,000.

"Belum kira van sekolah. Dia tak nak pula kata bini (bekas) celaka tak boleh jaga anak.

"Dia melenting, kata sayalah kena bayar pengasuh sebab dah jadi ibu (tiri)," katanya.

  • Perkahwinan dengan duda membawa tekanan apabila isteri sering dimarahi dan dilabel tidak berguna.
  • Suami mahu ambil semula anak-anak tetapi tidak memikirkan penjagaan memandangkan isteri bekerja.
  • Kos pengasuh dan van sekolah tinggi, namun suami enggan menanggung nafkah serta mahu isteri urus semuanya.
  • Isteri tertekan kerana dimaki hampir setiap hari dan buntu sama ada perlu teruskan perkahwinan.
  • Netizen mencadangkan lebih baik berpisah sebelum ada anak dan anggap suami tidak layak dijadikan pemimpin keluarga.

Justeru, dia kini buntu sama ada mahu meneruskan hubungan atau berundur sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Dia juga mengaku hidup tertekan kerana suaminya sering mengamuk dan memaki hamun dirinya.

"Hari-hari dia mengamuk maki saya 'bini tak guna' sebab dia stres tak dapat rampas anak-anak daripada bekas isteri.

"Saya nak mengamuk cerai tapi perkahwinan masih baru," katanya.

Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi cadangan tentang apa yang boleh dilakukan sebagai penyelesaian.

"Bagi saya, baik bercerai sebelum ada anak dengan dia. Lebih baik sis hidup tanpa suami kalau dapat laki pun perangai macam tu.

"Tak berbincang dulu sebelum kahwin? Sebelum sesat jauh, balik ke pangkal jalan. Paling kurang, status janda tak ada anak lagi 'laku'.

"Suami macam ni tak ada guna dibuat pasangan. Dia nak awak jaga dan uruskan anak-anak dia. Kerja cari duit untuk tolong dan bayar pengasuh dia," komen beberapa netizen.

Artikel Lain