suria

Kotak menarik, aneka perasa... Ibu malu anak menangis depan kaunter nak beli kondom

Produk dewasa yang dipamer di rak boleh mengundang kekeliruan kepada kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu berkongsi pengalaman lucu tetapi memalukan ketika membawa anaknya ke sebuah kedai serbaneka.

Menurut wanita itu, anak lelakinya menyangka kondom yang dibungkus dalam kotak sebagai alat mainan.

Katanya, reka bentuk kotak kondom yang terlalu menarik telah membuatkan anaknya teruja dan menangis mahu memilikinya.

Kanak-kanak mudah tertarik dengan makanan ringan dan permainan. -Gambar hiasan AIKanak-kanak mudah tertarik dengan makanan ringan dan permainan. -Gambar hiasan AI

"Pengilang benda ni boleh tak jangan buat kotak tu attractive sangat untuk budak? 

"Susah saya nak explain dekat anak,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandai jaga anak di majlis kahwin, pemuda ‘terpaling jurufoto’ saran mak ayah pakai kondom - “Geram kacau aku shoot”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri datang bulan, tapi suami tetap tuntut layanan batin... Sanggup guna kondom!

Wanita tersebut turut berkongsi video yang memaparkan anak lelakinya menangis sambil memegang kotak alat cegah hamil berkenaan.

"Ini bukan toy (mainan)," katanya sambil memujuk kanak-kanak tersebut.

  • Anak kecil sangka kondom sebagai mainan di kedai serbaneka.
  • Ibu akui sukar jelaskan kerana kotak kondom terlalu menarik perhatian budak.
  • Video anak menangis sambil pegang kotak tersebut tular.
  • Netizen persoal kenapa kondom diletak di rak bawah bersebelahan gula-gula.
  • Ramai kongsi pengalaman sama dan gesa kedai lebih peka susun produk dewasa.

Perkongsian itu mengundang perbincangan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tentang susun atur barangan sensitif di kedai serbaneka.

“Aku tak faham kenapa letak kat rak bawah, sama level dengan gula-gula. Kedai 24 jam selalu macam ni.

"Pengurus tak terfikir ke yang masuk kedai ni ada budak-budak?” katanya.

Malah, ada juga brkongsi berdepan dengan insiden memalukan yang serupa apabila anak menangis mahukan kotak berkenaan.

“Anak aku ambik dan cakap mommy, saya nak 'Lego' ni.

"Anak aku dah banyak kali menangis nak benda ni. Malu kot. Bungkusan dah macam ada pelbagai perisa macam gula-gula," antara komen netizen.

 

 

Artikel Lain