SEORANG kakak meluahkan rasa bimbang terhadap sikap adiknya yang kini berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi perkongsian di Threads, adiknya digambarkan sebagai seorang pelajar yang baik, rajin, menghormati orang tua dan cemerlang dalam bidang akademik.
Namun ada satu perkara yang mencetuskan kerisauan dalam dirinya, iaitu hubungan percintaan adik dengan lelaki berusia 20an yang dipecayai sedang belajar di sebuah kolej di utara tanah air.
"Dulu adik beli telefon bimbit sendiri senyap-senyap masa usia 14 tahun. Baru ni dia beli iPad pun tanpa pengetahuan sesiapa. Kami kongsi bilik jadi memang selalu kantoi dengan saya.

Mandi sungai bersama rakan menjadi aktiviti sosial golongan remaja. -Gambar hiasan AI
"Ayah saya sangat tegas mengenai penggunaan gajet. Saya dapat telefon sendiri pun masa umur 18 tahun. Saya cuba buka iPad dia dan jumpa sesuatu membuatkan saya sedih, kecewa dan geram.
"Saya terjumpa gambar dia mandi air terjun dengan boyfriend dan kawan-kawan mereka. Saya jumpa gambar adik berpeluk dengan kekasih dalam kereta dia. Mati-mati dia tipu ibu bapa saya," ujarnya.
Lebih menyedihkan, semua aktiviti serta pergerakan adik dengan kekasihnya itu tidak diketahui ibu bapa kerana dia berbohong.
Apa yang membuatkan dia lebih pilu apabila mengenangkan ibu sanggup berhabis wang untuk keperluan adik termasuklah menyediakan produk penjagaan kulit dan menghantarnya ke pusat beli-belah kononnya untuk keluar bersama rakan walau terletak jauh dari rumah.
Penemuan lain, seperti seluar dalam lelaki dipercayai milik kekasih adik serta mesej perbualan mereka yang dilihat anggap tidak wajar.
ARTIKEL BERKAITAN: Wah! 9 tahun bercinta, sama-sama suka melaram... ramai puji OOTD pasangan kekasih ini - “Bukan pakai baju rempit yang betul-betul baju couple tu”
ARTIKEL BERKAITAN: Minta nak tengok bahagian sulit tubuh, kemudian kata ‘cuma gurau’! Wanita trauma kenal lelaki online... Ramai suka melucah, otak kuning
"Saya terjumpa seluar dalam Calvin Klein dalam almari adik. Saya dah syak bukan-bukan. Dalam fikiran saya, mesti dia pakai sebab nak hantar gambar dekat kekasih.
"Kenapa saya boleh fikir macam tu, sebab chat mereka pernah terkantoi dengan saya. Adik saya pakai tudung tapi dalam chat dia hantar gambar dan video dalam TikTok yang dia free hair.
"Saya sedih bila fikir balik sebab kami adik beradik tak rapat dengan mak ayah masa kecil. Bila dah dewasa ni mak ayah nak cuba mulakan semula kehidupan kami sebagai keluarga," luahnya lagi.
Dia juga mengakui jarak dan masa menjadi penghalang untuk dirinya memantau adik kerana dia tidak lagi tinggal serumah seperti sebelum ini.
Katanya, dia hanya pulang ke rumah ibu bapa sekali sekala sekali gus membuatkan hatinya lebih runsing memikirkan sikap adik bongsu itu.
- Kakak bimbang perubahan sikap adik yang mempunyai teman lelaki lebih tua.
- Adik baik dan cemerlang, namun beberapa kali membeli gajet secara rahsia serta menyembunyikan hubungan cinta.
- Kakak jumpa gambar adik bertemu teman lelaki tanpa pengetahuan ibu bapa.
- Penemuan seluar dalam lelaki begitu mencurigakan, begitu juga penghantaran video tak pakai tudung.
- Kakak memberi amaran agar lelaki itu menjauhkan diri kerana adiknya masih terlalu muda untuk bercinta.
Dalam luahannya, dia turut memberi amaran secara terbuka kepada lelaki berkenaan agar menjauhkan diri dan mencari pasangan yang umur sebaya.
"Saya tak tahu macam mana nak hubungi lelaki tu tapi tolonglah jauhkan diri daripada adik saya. Dah lebih 20 tahun kan? Carilah yang lebih kurang umur tu.
"Adik aku baru 17 tahun tau! Kalau nak 'test market' pergilah cari orang lain. Kalau aku ni tak fikir panjang, muka kau dengan adik aku tu, dua-dua aku viral tau.
"Cukup aku tahu kau belajar dekat sebuah institusi pengajian di Jitra, Kedah dengan rambut fesyen mullet kau tu," katanya, marah.


