suria

Wanita rela minta putus... Rimas, makan hati BF suka simpan resit setiap pembelian - "Gaya dia sangat tak ikhlas"

Tindakan sesetengah lelaki membuat pasangan tidak selesa. -Gambar hiasan AI

AMALAN menyimpan resit dalam beg hadiah ketika berbelanja rupa-rupanya boleh menimbulkan salah faham dalam hubungan, hingga mencetuskan pertengkaran yang berakhir dengan perpisahan.

Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang lelaki yang dikenalinya kerana mempunyai tabiat meninggalkan resit pembelian di dalam beg barangan yang dibelinya untuk dirinya.

Menurut wanita tersebut, setiap kali lelaki berkenaan membelikannya pakaian atau kasut, resit pembelian akan diletakkan di dalam beg bersama barangan tersebut.

"Dia ada habit (tabiat) suka letak resit dalam beg. Contohnya dia belanja baju, letak dalam beg baju. Kalau belanja kasut dia letak dalam beg kasut. Motif? Tak tahu.

Sesetengah tabiat individu boleh membuatkan pasangan rasa tidak selesa- Gambar hiasan AI

"Satu hari tu saya ada cakap, awak letak resit ni sebab nak saya bayar balik ke? Kalau nak bayar balik kita putus je sekarang. Alhamdulillah, dah berpisah.

"Gaya dia sangat tidak ikhlas. Nak belanja, belanja je la. Tak perlu tunjuk berapa ringgit awak sudah bayar. Tak nak belanja buat cara tak sudi," katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk seorang lelaki yang tampil memberikan penjelasan dari sudut pandang berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Geram BF tak faham bahasa, minta bunga selalu kena reject... Gadis ini berkira-kira nak putus, penat asyik bergaduh

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki panas baran sebenarnya romantis... Wanita dedah sisi baik BF, tak berkira soal duit - “Tapi sayang, dia minum ketum”

Menurut lelaki tersebut, tabiat menyimpan resit dalam beg tidak semestinya bertujuan untuk menuntut bayaran semula daripada pasangan.

Sebaliknya, tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kerosakan atau mahu menukar saiz barangan.

"Sebenarnya saya (jenis) lelaki macam tu tapi saya bukan kekasih awak. Saya lelaki yang letak resit dalam beg macam awak cakap. Saya buat macam tu bukan untuk tuntut dekat pasangan.

"Itu bukti yang saya beli barang di kedai tersebut. Resit boleh rujuk balik dekat kedai tu jika berlaku kerosakan atau benda lain bukan nak awak bayar balik atau tunjuk berapa jumlah awak shopping," komen individu itu.

  • Tabiat seorang lelaki meletakkan resit dalam beg barang dibeli mencetuskan salah faham dalam hubungan.
  • Teman wanita anggap sikap tersebut menunjukkan pasangan tidak ikhlas ketika berbelanja.
  • Pertanyaan mengenai motif resit disertakan akhirnya membawa kepada pertengkaran dan perpisahan.
  • Ada wakil lelaki tampil menjelaskan resit disimpan sebagai langkah berjaga-jaga, bukan untuk menuntut bayaran.
  • Situasi berbeza dialami wanita kerana resit makanan dan minuman juga ditinggalkan dalam beg.

Bagaimanapun, wanita berkenaan menjelaskan situasi yang dialaminya agak berbeza kerana bukan sahaja resit pakaian, malah resit minuman dan makanan juga diletakkan di dalam beg.

"Dalam kes saya ni, resit makanan pun sama. Minum air Zuss pun letak resit dalam beg untuk apa? Awak boleh buang je. Tak tahu la mungkin tu habit dia tapi saya lain.

"Kalau saya belanja orang, resit saya simpan atau buang. Saya tak tahu motif dia tapi bila tanya kenapa, dia terus ambil resit tu buang. Saya tak faham tindakan dia," jelasnya.

Artikel Lain