SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya bercinta dengan lelaki yang terlalu obses dengannya namun pada masa sama memiliki sikap panas baran.Dalam hantaran di Thread, dia berkata lelaki itu terlalu menyayanginya sehingga sanggup menghabiskan duit untuknya. "Dia terlalu obses dengan aku. Dia buat segalanya untuk aku. Tiga hari sebelum gaji, mesti dia WhatsApp aku, tanya nak makan kat mana.Lelaki panas baran berpotensi untuk melakukan keganasan fizikal terhadap pasangan mereka. -Gambar hiasan AI"Kalau aku belum makan atau malas masak, dia akan order. Setiap bulan belanja baju, makan, bawa jalan-jalan. Kadang dia transfer duit untuk aku belanja."Dia tak takut duit habis. Aku mengadu demam, confirm dia bawa pergi klinik. Tapi sayang, dia baran, minum ketum dan hisap rokok," tulis wanita itu.Tambahnya, hubungan mereka berakhir di fasa percintaan dan dia tidak sempat berkahwin dengan lelaki itu.Wanita dedah realiti bercinta dengan lelaki yang panas baran.Dia berkata lelaki itu juga seorang perokok dan minum air ketum.Namun, dia mengakui sikap romantis dan penyayang lelaki itu.Kekasihnya juga suka berbelanja dan tidak kisah berhabis duit untuknya.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, beberapa individu turut mengakui kenyataan wanita itu tentang sisi baik seorang lelaki panas baran.Namun, netizen turut memberi nasihat kepada kaum Hawa agar tidak berkahwin dengan lelaki panas bagi mengelak berlakunya perkara buruk di kemudian hari."Tapi betul ya, kebanyakan lelaki baran ni layan perempuan memang 100 peratus terbaik. Tapi tulah, dia baran.ARTIKEL BERKAITAN: Suami macam ‘punching bag’, isteri jadi panas baran lepas bersalin anak kedua - “Ada saja benda aku nak marah dia”ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan tingkatan dua mengadu jadi mangsa dera ibu panas baran... Abang lari rumah, keluarga berpecah lepas bapa meninggal"Lelaki baran ramai yang setia, sebab dia tahu mana ada perempuan yang mahukan mereka."Takutnya, dia love bombing sebelum berjaya memiliki anda. Lepas kahwin, jeng jeng jeng."Ini semua sebenarnya perangkap. Lari je selagi sempat sebelum jadi isteri dia," tulis beberapa netizen.