suria

Mak dituduh tolak tuah enggan berbesan dengan orang kaya, rendah diri tak bertempat - “Mentua T20 lagi okey berbanding B40”

Perbezaan status kewangan boleh menyebabkan sesebuah hubungan terputus di tengah jalan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berdepan dilema apabila keluarganya sendiri meminta agar dia membatalkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Dalam hantaran di X, wanita itu berkata ahli keluarganya membuat permintaan itu selepas mereka mengetahui latar belakang keturunan teman lelakinya.

"Aku dan teman lelaki (BF) akan bertunang dan kahwin tahun depan. Tapi tiba-tiba keluarga suruh aku undur diri.

Ramai sebenarnya lelaki kaya yang tidak kisah untuk berkahwin dengan wanita biasa. -Gambar hiasan AI

"Puncanya sebab keluarga BF orang senang. Keluarga BF duduk di homestay area kampung aku, datang untuk bincang hal tunang dan kahwin.

"Ahli keluarga dia pandu kereta mahal. BMW, Mercedes dan kereta dua pintu. Baru bab kereta. Belum lagi pergi rumah mereka. Mesti mak aku makin segan," kongsinya.

Menurut wanita itu, dia dan kekasihnya sudah berkenalan sejak zaman belajar, namun dia juga baru mengetahui status kewangannya yang sebenar.

  • Wanita dalam dilema apabila diminta tidak meneruskan hubungan dengan teman lelaki.
  • Permintaan itu dibuat oleh ibunya sendiri gara-gara perbezaan status.
  • Ibu wanita itu segan keluarga bakal besan merupakan orang berada.
  • Ramai netizen nasihatkan wanita itu untuk teruskan hubungannya.

"Bercinta masa buat degree. Tak tahu pun dia orang senang. Masa tu dia bawa motor biasa je. Semester akhir baru dia bawa Honda City model lama.

"Aku tak tahu dia senang. Dia bergaul macam orang biasa, makan pakai pun tak kisah. Aku pun pernah pinjamkan dia duit untuk beli makanan sebab duit dia habis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu benci suami dan besan sampai sanggup memfitnah, anak anggap cerai jalan terbaik - “Aku tak boleh buang mak ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih mentua tak layan mak ayah masa open house, besan lain ‘title’ profesor diajak bergambar - “Panggil buat tak dengar”

"Apabila jadi macam ni, aku rasa insecure dan kecilnya aku seperti masa aku awal-awal dapat tahu. Apatah lagi mak aku. Tak gamak nak buat mak rasa segan," luahnya lagi.

Di ruangan komen, ramai pelayar X memberi kata-kata semangat dan meminta wanita itu untuk meneruskan hubungannya.

Malah kata netizen, keluarga orang berada biasanya tidak mempunyai banyak kerenah pelik berbanding golongan B40.

Anak perlu mendapatkan restu orang tua sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Percayalah. Mentua T20 ni kurang sakit kepala daripada B40. Bakal ipar awak mesti semua golongan profesional.

"Kahwin je, dah jodoh. Awak bukannya pisau cukur. Kadang mentua T20 lagi okey berbanding mentua B40.

"Orang lain sujud syukur dapat menantu kaya. Ini mak kau tolak tuah pula. Kahwin je. Kalau tak kahwin, kau bodoh," tulis netizen.

Artikel Lain