DIBESARKAN oleh ibu yang bersikap panas baran selepas kematian bapa cukup memberi kesan emosi kepada seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun.
Menerusi luahan di media sosial, remaja itu mendakwa dia mula menyaksikan kekerasan ibu terhadap abangnya pada usia sembilan tahun.
Hal itu juga membuatkan abangnya mengambil keputusan untuk lari dari rumah kerana tidak tahan dengan penderaan oleh ibu mereka.
"Mak aku seorang peniaga yang menjual kuih selama lebih 10 tahun. Aku ada abang. Mak aku ni jenis baran. Masa kecil dulu, aku selalu saksikan abang kena pukul.

Penderaan fizikal dan mental boleh memberi kesan buruk terhadap seseorang. -Gambar hiasan AI
"Dimaki hamun sampaikan abang aku lari dari rumah lebih daripada tiga kali sejak umur dia 12 tahun. Masa aku kecil dulu pun ada juga kena cubit sampai lebam.
"Tapi ayah la selalu ubatkan. Ayah yang pujuk... tapi lepas dia dah tak ada, aku tak tahu nak bergantung pada siapa," luahnya di Thread.
Tambah pengadu yang tidak mendedahkan identiti, selepas bapa mereka meninggal dunia, dia dan abangnya dipisahkan.
Abangnya dihantar ke kampung bapa mereka di Sarawak.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kena tumbuk, ditendang tunang di perut! Keluarga bakal mentua anggap hal kecil - “Mak dia kata saya ‘over’ sampai lapor polis”
ARTIKEL BERKAITAN: Penat berkorban sejak bujang sampai kahwin, anak angkat dedah sikap pilih kasih keluarga... dimaki, dipukul tapi kaki dadah tetap dipuja!
Susulan itu pengadu mula menjadi sasaran kemarahan ibu apabila dia didakwa sering ditampar, dilemparkan senduk, malah pernah dihempuk dengan benda keras di kepala hanya kerana membuat bunyi bising di rumah.
"Rasa sakit sangat tapi aku tahan. Tak menangis langsung, buat bodoh je masa tu. Tapi lepas aku habis buat kerja rumah, aku masuk bilik untuk menangis.
"Aku terduduk, longlai kaki... tiga jam aku menangis. Aku sesak nafas, masa tu tangan dan kaki rasa kebas hingga mak terpaksa bawa aku pergi hospital.
- Gadis ini membesar tanpa kasih ayah dan terpaksa hadapi ibu baran.
- Abangnya lari rumah kerana penderaan, dia sendiri dicubit dan ditampar.
- Abangnya dihantar ke Sarawak, hubungan mereka terputus lima tahun.
- Penderaan fizikal menyebabkan serangan panik, dia dirawat di hospital.
- Ibunya mengumpat dia kepada saudara, panggil manja dan bandingkan dengan orang dulu.
"Doktor cakap aku kena serangan panik sampai kena masuk wad satu hari. Aku cerita semua yang berlaku dekat doktor," ujarnya.
Selain menerima rawatan dia bersama ibunya juga perlu mengikuti sesi kaunseling keluarga.
"Dalam sesi tu mak aku kena soal macam-macam. Ketika dalam perjalanan balik ke rumah selepas kaunseling kami berdua hanya berdiam diri. Masing-masing rasa janggal.
"Kemudian tanpa sengaja aku terbaca perbualan di WhatsApp dia. Tak sangka dia mengumpat pasal aku dengan mak saudara. Dia kata aku ni manja padahal dia tegur je. Dia bandingkan dengan orang dulu-dulu.
"Tolonglah... aku bukan lahir zaman mereka," ujarnya sambil menambah kejadian itu berlaku sekitar 2023 hingga 2024.


