RATA-RATA dalam kalangan kita pasti biasa mendengar ungkapan, naluri seorang isteri atau ibu tidak pernah silap.
Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai kejadian yang menimpa suaminya gara-gara tidak bercakap benar.
Menurut wanita berkenaan, dia sememangnya menaruh rasa curiga terhadap suami yang disyaki menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.
Didorong perasaan marah, wanita berkenaan mengungkapkan kata-kata yang tanpa disangka benar-benar terjadi sekali gus membuatkannya menyesal.
ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga abang kemalangan putus tangan!” - Doa isteri dicurangi termakbul... Kereta suami berpusing tengah jalan, langgar pagar besi
ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa dokumen mengejutkan dalam beg laptop suami, isteri baru sedar dah 2 tahun ditipu! Anggap 2025 ujian terhebat
"Aku pernahlah cakap dekat suami aku, kalau hang ada buat bukan-bukan dekat belakang aku, aku doakan hang accident.
"Benda bukan-bukan tu bukan pasal orang ketiga ye, ini kes lain," tulisnya dalam satu perkongsian di Threads.
Menurut wanita itu, suaminya pada awalnya menafikan tuduhan malah sempat ‘mencabar’ kata-katanya, namun tanpa disangka lelaki itu terbabit kemalangan beberapa hari kemudian.
Seorang wanita berkongsi kisah dia mendoakan suami kemalangan jika 'buat hal' dan kecelakaan benar-benar berlaku.
Wanita itu curiga terhadap suaminya yang disyaki menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Namun wanita itu berkata perkara ini tiada kaitan dengan orang ketiga.
Kemalangan berlaku 3 hari selepas dia melontarkan kata-kata tersebut.
Wanita itu berkata perkongsiannya bertujuan menasihati orang ramai agar jujur dalam rumah tangga.
"Suami aku cabar, dia kata, biarlah accident... benda aku tak buat. Hangpa nak tahu tak jadi apa? Lepas tiga hari, ada satu nombor tak dikenali call aku. Katanya, ini suami *** ke? Suami puan accident.
"Aku terkejut gila. Nasib baiklah panjang umur, muka 'barai' sikit kena jahit, hidung patah. Terus aku teringat apa yang aku doa pasal accident tu. Rasa menyesal pula cakap macam tu.

Setiap perselisihan faham perlu diselesaikan secara matang. -Gambar hiasan
"Memang aku ada baca WhatsApp dia pun. Aku dah dapat agak tapi bila tanya tak mengaku. Jangan menipu isteri, naluri seorang isteri ni kuat tau," tulisnya lagi.
Tambah wanita berkenaan, suaminya kemudian akhirnya membuat pengakuan jujur selepas insiden kemalangan tersebut.
"Aku ada copy WhatsApp. Jadi nak tipu spin apa lagi... bukti memang ada," ujarnya namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penipuan suaminya.
Sekadar berkongsi di laman sosial, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, perkongsiannya sama sekali tidak berniat membuka aib suami sendiri sebaliknya hanya mahu menyampaikan mesej agar bersikap jujur sesama suami isteri.


