suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga kopi tepi longkang rasai keberkatan bayar zakat! Rezeki melimpah, anak cemerlang SPM kini belajar di luar negara

Kehidupan peniaga kopi jalanan berubah selepas konsisten menunaikan zakat. -Gambar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

BERNIAGA kecil-kecilan di tepi longkang bukan alasan seorang peniaga kopi jalanan di Ampangan, Negeri Sembilan mengeluarkan zakat perniagaan.

Menerusi perkongsian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), peniaga dikenali sebagai Ariff atau lebih popular dengan jenama Ariff's Coffee First menunaikan zakat perniagaan mencecah RM10,000.

"Dah 10 tahun jadi barista jalanan, hari ini abang Ariff mampu bayar Zakat Perniagaan cecah RM10,000.

"Meniaga tepi longkang itu sebenarnya ayat yang keluar dari mulut dia. Memang merendah diri," kongsi majlis agama itu menerusi satu hantaran pada Jumaat.

Menurut MAINS, Ariff berkongsi kehidupannya berubah selepas konsisten menunaikan zakat, terutama dari segi kecukupan rezeki dan kesihatan keluarga. 

"Dia kata lepas bayar zakat, hidup memang lain. Rezeki sentiasa cukup. Kesihatan terjaga. 

"Tahu tak, anak dia Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) straight A. Sekarang tengah sambung belajar kejuruteraan di Jerman," katanya.  

Ariff's Coffee First cukup polular dalam kalangan pencinta kopi tempatan termasuk komuniti berbasikal di Seremban.

Ia digelar kopi tepi longkang oleh pelanggan tetap di sekitar kawasan berkenaan.

Artikel Lain