suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita hamil anak kembar dipukul sampai lunyai... Suspek disyaki suami hentak muka dengan lutut, langgar guna skuter!

Seorang wanita hamil anak kembar dipukul seorang lelaki dipercayai suaminya. - Gambar media sosial

TULAR di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian pada awal pagi Ahad.

Berdasarkan perkongsian, mangsa dikatakan sedang hamil anak kembar.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Duyung, Melaka itu, kelihatan wanita berkenaan pada mulanya dipakaikan topi keledar oleh suspek sebelum dia ditumbuk pada bahagian muka.

Dia juga dilihat memegang sebelum menghempas badan wanita yang terbaring itu berulang kali ke lantai.

Lelaki itu kemudian menghentak lututnya ke muka sebelum dia duduk di atas badan wanita tersebut.

Tindakan lelaki itu seterusnya tidak kelihatan kerana terlindung daripada CCTV, sebelum dia bertindak mengheret dan menumbuk muka wanita itu.

Tidak cukup dengan perlakuan ganas itu, pelaku kemudian dilihat menaiki motosikal jenis skuter sebelum melanggar bahagian kepala wanita tersebut.

Berdasarkan keterangan video pada perkongsian tular itu juga, difahamkan insiden kejam itu berlaku atas dasar cemburu.

Lelaki berkenaan mengesyaki isterinya berlaku curang kerana bekerja bersama rakan sekerja lelaki.

"Empat hari sebelum kejadian, mereka bergaduh dan keluarga wanita tu buat laporan polis. Tapi famili lelaki tu ikat jamin dia keluar.

"Dalam video tu isterinya kerja dan lelaki tu ingat dia curang," katanya.

Perkongsian itu juga mendakwa pasangan itu dilaporkan telah bercerai talak satu sebelum kejadian tular, namun lelaki berkenaan didakwa masih menganggap wanita tersebut sebagai isterinya.

Kemaskini perkongsian itu juga memaklumkan lelaki tersebut telah ditangkap polis.

Artikel Lain