PENYANYI Taylor Swift kekal sebagai pemuzik wanita terkaya di dunia apabila nilai kekayaan bersihnya meningkat kepada AS$2 bilion (kira-kira RM9.4 bilion). Menurut laporan majalah perniagaan, Forbes, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2024 apabila Forbes menganggarkan kekayaan penyanyi berusia 36 tahun itu sekitar AS$1.6 bilion (RM6.29 bilion). Dalam laporan sama, Forbes memaklumkan sebahagian besar kekayaan Taylor diperoleh menerusi royalti muzik serta siri jelajah konsertnya, yang dianggarkan menjana hampir AS$1 bilion (RM3.93 billion).Taylor dilaporkan memiliki beberapa hartanah mewah dengan nilai hampir RM400 juta.Selain itu, katalog muzik miliknya turut menyumbang nilai besar apabila dianggarkan bernilai sekitar AS$900 juta (RM3.54 bilion).Taylor juga dilaporkan memiliki beberapa hartanah mewah dengan nilai keseluruhan dianggarkan sekitar AS$100 juta (RM393 juta).ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dah bertunang, terima cincin lamaran rekaan Travis Kelce sendiriARTIKEL BERKAITAN: Baju Taylor Swift ‘laku keras’, habis dijual dalam masa 20 minit lepas umum bertunangPada April 2024, Taylor pertama kali masuk dalam "Senarai Billionaire Dunia" Forbes setelah konsert jelajah besarnya, The Eras Tour. Penyanyi lagu Love Story itu turut mencatat satu lagi pencapaian besar apabila berjaya menjual lebih empat juta salinan album terbarunya, The Life of a Showgirl, pada minggu pertama pelancarannya pada Oktober 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube