suria

Pakai coli saiz besar sejak sekolah rendah, Sydney Sweeney terpaksa bersembunyi kerana malu

Sydney mengaku dia berasa malu dengan saiz payudaranya.

PELAKON Sydney Sweeney mendedahkan dia sentiasa berasa tidak yakin dengan tubuh badannya sejak mula meningkat remaja kerana memiliki saiz payudara yang besar.

Kata Sydney, 29, sejak berada di sekolah rendah dia sudah memakai baju dalam bersaiz dewasa.

Malu dengan keadaan tersebut membuatkan dia sering menyembunyikan diri.

Sydney berasa malu sehingga menyembunyikan diri. 

"Saya membesar dengan payudara besar. Saya memakai saiz bra yang agak besar ketika di sekolah, dan saya tidak pernah berasa yakin. Saya tidak pernah mempunyai apa-apa yang membuatkan saya rasa selesa, dan saya hanya mahu menyembunyikannya.

"Saya tidak mendapat sokongan yang saya mahukan. Tali bra menekan bahu saya dan kemudiannya membuatkan badan saya terasa gatal," katanya.

Pelakon drama Euphoria itu turut berkongsi dia mengambil masa yang lama untuk mengembalikan keyakinan diri selain berasa selesa dengan bentuk tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul hanya 10 saat, netizen desak Song Ji Hyo tinggalkan Running Man

ARTIKEL BERKAITAN: Viral pelakon jual ‘preloved’ seluar dalam anak, netizen pertikai keadaan barang

Dalam masa sama, wataknya sebagai Cassie Howard dalam drama tersebut membantunya mula menerima tubuh sendiri serta belajar menghargai keyakinan diri.

Untuk info, Sydney baru sahaja melancarkan jenama pakaian dalam miliknya iaitu SYRN yang menyediakan sebanyak 44 saiz berbeza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain