SETIAP kali tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, kebanyakan rumah pasti meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan taulan.Apabila ramai berkumpul, pasti banyak aktiviti mahu dilakukan bersama-sama seperti membuat panggilan video dengan ahli keluarga jauh, membuat perkongsian di media sosial, menonton video dan sebagainya. Tapi perasan atau tidak, ada kalanya sambungan WiFi menjadi terlalu perlahan sehingga kita 'menyalahkan' talian internet.Sebenarnya, ada kalanya masalah tersebut bukan berpunca daripada talian internet semata-mata, sebaliknya disebabkan kedudukan router di dalam rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan lupa 8 peralatan ini sebelum bertolak ke kampung, boleh jadi penyelamat ketika kecemasan di jalan rayaSeorang pengguna di aplikasi Threads, @izzazul_ejoy berkongsi bahawa ramai yang tidak sedar bahawa mereka meletakkan router di tempat yang kurang sesuai sehingga menyebabkan signal WiFi menjadi lemah.Justeru, individu tersebut menyarankan supaya elakkan meletakkan router di beberapa lokasi berikut: 1. Dalam kabinet besi atau berkacaRamai yang memilih untuk menyembunyikan router di dalam kabinet supaya ruang rumah kelihatan lebih kemas.Namun begitu, tindakan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan signal WiFi terperangkap di dalam kabinet, sekali gus menyukarkan ia untuk tersebar dengan baik ke seluruh rumah.2. Di belakang televisyenPeralatan elektronik bersaiz besar seperti televisyen juga boleh mengganggu penyebaran signal WiFi, sekali gus menjadikannya kurang stabil.3. Di atas lantaiKedudukan router yang terlalu rendah turut memberi kesan kepada liputan signal.Signal WiFi biasanya lebih baik jika router diletakkan di tempat yang sedikit tinggi berbanding lantai.4. Berhampiran peralatan elektrikRouter juga tidak digalakkan diletakkan berhampiran dengan peralatan elektrik tertentu.Antaranya termasuk ketuhar gelombang mikro (microwave), peranti Bluetooth serta telefon tanpa wayar kerana ia boleh mengganggu signal WiFi.5. Di hujung atau kawasan terpencil rumahMeletakkan router di bahagian hujung rumah boleh menyebabkan signal tidak tersebar secara sekata.Akibatnya, kawasan tertentu seperti bilik tidur mungkin sukar mendapatkan sambungan internet yang baik.Sebaliknya, lokasi paling sesuai untuk meletakkan router adalah di kawasan tengah rumah, di tempat yang terbuka serta sedikit tinggi dari lantai.Dengan cara ini, liputan WiFi dapat disebarkan dengan lebih sekata ke seluruh rumah, sekali gus membantu memastikan sambungan internet kekal lancar walaupun ramai yang menggunakannya pada masa sama.