Ramai pesakit memilih untuk tidak menjamah sajian percuma yang disediakan pihak hospital kerajaan. -Gambar hiasan
SAJIAN hospital yang kelihatan ringkas dan agak ‘pucat’ selalu menjadi punca segilintir pesakit hilang selera sebelum sempat menjamahnya.Malah ada yang tergamak untuk membuang atau memesan makanan dari luar sekali gus mengakibatkan pembaziran sajian yang disediakan pihak hospital. Kecewa melihat situasi berkenaan, seorang petugas hospital tampil menegur tindakan salah seorang pesakit yang dipercayai ingin membuang makanan yang disediakan.Tidak sekadar menegur, wanita berkenaan turut meminta agar sajian tersebut diserahkan kepadanya memandangkan dia sendiri belum sempat mengisi perut sejak dari pagi.Makanan hospital dibuat mengikut kiraan kalori dan gizi sesuai untuk pesakit."Ada pesakit tidak mahu makan makanan percuma yang hospital sediakan, dia seperti mahu buang."Selepas itu aku cakap... aunty, makanan ini kerajaan sediakan secara percuma untuk pesakit. Ini duit orang yang bayar cukai tau."Mungkin nilainya dalam RM10. Kalau tidak mahu makan, baik bagi saya sebab saya belum makan dari pagi,” ujarnya di Thread.Teguran bersahaja itu bukan sahaja membuatkan pesakit berkenaan tersentak, malah turut 'mencuit' pesakit lain di wad tersebut.Segelintir pesakit menganggap hidangan hospital ringkas dan kurang menyelerakan.Ada yang buang makanan atau memilih untuk memesan hidangan dari luar.Seorang petugas menegur pesakit yang dipercayai mahu membuang makanannya.Teguran itu menyebabkan pesakit lain menghabiskan hidangan masing-masing.Netizen mencadangkan makanan yang tidak dijamah diberikan kepada petugas hospital bagi mengelakkan pembaziran.Ringkasan ini dijana oleh AIkerana kesemua pesakit di wad berkenaan yang mendengar teguran tersebut dilihat terus menghabiskan makanan masing-masing tanpa ada yang membazir.Meluahkan rasa hairan dengan sikap sebilangan pesakit yang seolah-olah tidak menghargai subsidi kerajaan, wanita ini mencadangkan agar kemudahan makanan percuma itu disalurkan sahaja kepada kakitangan hospital."Orang Malaysia dapat makanan percuma tapi tak mahu makan. Pergi hospital bayar RM1, tapi entitled sangat dengan staf hospital."Lebih baik KKM (Kementerian Kesihatan) sediakan makanan untuk staf hospital daripada bagi pada pesakit," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Seharian tak sempat makan, sedar-sedar lauk dah basi... Doktor sedang ‘oncall’ hanya mampu menangis pukul 3 pagiARTIKEL BERKAITAN: Minah salih puji hospital Malaysia, kagum staf cekap buat kerja... Pagi sakit teramat, malam selamat jalani pembedahanPerkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai yang bersetuju agar sajian percuma dialihkan kepada petugas hospital daripada dibiarkan membazir.Namun tidak kurang juga yang memuji dan berkongsi pengalaman menarik ketika menjamah makanan yang disediakan untuk pesakit."Saya kalau dapat makanan hospital, seboleh-bolehnya saya akan makan sebab rezeki."Dulu kalau masuk hospital mesti ternanti-nanti waktu makan, kalau tak mahu jangan buang tapi cakap pada jururawat untuk tolak baik-baik."Apabila dapat barang percuma, memang selalu lupa nak bersyukur kan? Syukurlah kita duduk dalam Malaysia ni, banyak sangat kelebihan yang kita dapat," demikian reaksi netizen.