JUMLAH pesakit yang ramai serta kekurangan kakitangan menyebabkan doktor di hospital kerajaan berdepan cabaran sukar setiap hari.Malah, ada kalanya mereka terpaksa mengorbankan waktu rehat serta kebahagiaan peribadi demi menyelamatkan nyawa pesakit. Terbaharu, seorang doktor wanita mengundang sebak netizen apabila berkongsi realiti yang dilaluinya ketika bertugas.Hospital kerajaan biasanya menerima kehadiran pesakit yang ramai hampir setiap hari. -Gambar hiasan AI"Titik terendah jadi doktor hospital kerajaan. 24 jam tak sempat nak makan."Bila buka polisterin (bekas makanan) pukul 3 pagi, makanan dah basi. Menangislah sendirian dalam bilik oncall," kongsinya.Doktor itu membuat hantaran berkenaan menerusi aplikasi Threads pada Sabtu.Doktor tular kongsi realiti pahit kerja hospital kerajaan.Doktor itu mendakwa dia kadang-kala terpaksa bertugas seharian.Paling sedih dia juga tak sempat makan kerana sibuk dengan tugasan.Doktor itu pernah menangis kerana makanannya basi pada pukul 3 pagi.Ringkasan ini dijana oleh AIHantaran berkenaan menerima lebih 3,300 tanda suka (likes) dan turut dihujani ratusan komen simpati netizen."Saya doakan semua petugas hospital kerajaan terus cekal dan diberi kesabaran tertinggi."Kamu di hospital mana? Saya nak belanja makan, serius saya nak hantarkan makanan," tulis netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ini cuma ringan-ringan” - Doktor dedah kisah malang pemuda 23 tahun positif HIV lepas ‘celup’ gadis aplikasi janji temuARTIKEL BERKAITAN: Bekas doktor ED dedah sisi gelap petugas kesihatan hospital kerajaan... Kerap terlepas waktu solat demi rawat pesakit kritikalPada masa sama, beberapa doktor turut berkongsi kisah mereka yang turut melalui pengalaman sama."Lagi sedih bila terlepas waktu solat. Rasa tak guna sangat. Adakah aku tak pandai susun waktu kerja?"Pernah kena masa Covid-19. Di hospital tak sempat makan. Lepas balik, semua kedai tutup pula," kongsi doktor lain pula.