SETIAP manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa, namun yang membezakan seseorang ialah kesediaannya untuk menginsafi kesilapan dan kembali kepada Allah. Terbaharu, seorang gadis meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang sudah insaf selepas terlibat dengan aktiviti seks bebas. Menurut gadis itu, dia dan teman lelakinya merancang untuk mendirikan rumah tangga kerana tidak mahu mengulangi kesilapan mereka sebelum ini.Pasangan kekasih perlu menjaga maruah diri selagi hubungan mereka belum halal. -Gambar hiasan AI"Ada tak sesiapa yang pernah terlanjur dengan teman lelaki tapi akhirnya berkahwin? Macam mana kehidupan kamu sekarang?"Saya dan teman lelaki rancang nak kahwin sebab mahu tebus balik dosa-dosa kami. Tapi entahlah, tak tahu nak mulakan langkah macam mana," ujarnya.Menurutnya lagi, dia bersyukur dikurniakan teman lelaki yang baik dan bersedia untuk bertanggungjawab atas kesilapan mereka.Gadis buat pengakuan sudah terlanjur dengan teman lelakinya.Mereka berdua menyesali perbuatan itu dan terdetik mahu berubah.Gadis itu bersyukur teman lelakinya mahu bertanggungjawab.Mereka merancang untuk kahwin bagi menebus kesilapan lalu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur walaupun dah buat banyak dosa. Dia masih bertanggungjawab nak bertaubat dan buat benda baik sama-sama."Kami buat salah tapi kami memilih untuk berubah," tulis gadis menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.Hantaran yang tular itu menerima ratusan komen yang rata-ratanya memberi kata-kata semangat untuk pasangan berkenaan memperbetulkan kesilapan mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Dah terlanjur tapi bukan boyfriend! Gadis susah nak lupa lelaki baru kenal, rupanya tunang orang!ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘dicelup’ baru tahu rupanya terlanjur dengan suami orang... Penyondol menyesal tak semak latar belakang"Pandangan saya, kalau kamu berdua saling mencintai, segerakan kahwin. Dosa silam tu dah berlalu. Yang penting berusaha untuk jadi lebih baik."Selagi belum kiamat, pintu taubat sentiasa terbuka. Berkahwinlah dan tebus semula dosa silam dengan taubat nasuha," pesan beberapa netizen.Sebagai peringatan, perbuatan zina adalah satu dosa besar dan semua umat Islam perlu menjauhinya.