Meninggalkan lelaki yang tidak menghormati kehormatan wanita adalah tindakan yang tepat. -Gambar hiasan AI
MENDIRIKAN rumah tangga bukanlah perkara yang boleh dibuat main kerana sebarang petanda buruk sebelum berkahwin wajar dipertimbangkan dengan sebaiknya sebelum membuat keputusan bernikah.Seorang wanita tampil berkongsi kisah duka apabila mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan dengan tunangnya kira-kira tiga bulan sebelum majlis berlangsung. Menurutnya, sepanjang empat tahun mereka saling mengenali sebagai rakan, dia tidak pernah menyangka lelaki itu akan berubah sikap selepas mereka bertunang.Membatalkan perkahwinan adalah langkah tepat sebelum mengelak lebih merana di kemudian hari. -Gambar hiasan AI"Dah berapa kali dia cuba buat gangguan seksual dekat saya. Selama berkawan dia tak macam tu tapi sejak bertunang saya perasan dia agak lain."Empat kali dia cuba untuk rogol saya sampai dia pegang tangan saya sebab nak suruh diam dan tak menolak. Kami selalu gaduh sebab benda ni je," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batalkan majlis tunang 20 minit sebelum ‘sarung’ cincin, rasa tercabar bakal mentua tiba-tiba buat provokasiARTIKEL BERKAITAN: Belum tunang dah buat perangai! Wanita terpaksa beli cincin sendiri, ‘claim’ ikut harga emas semasa - “Please, jadi perempuan mahal”Katanya, lelaki tersebut langsung tidak berasa segan meminta untuk melakukan perkara terkutuk tersebut."Dia tak segan langsung untuk minta benda bukan-bukan ni. Kadang gaduh yang sampai saya tinggalkan dia kat tepi jalan dan biar dia balik jalan kaki," katanya.Wanita itu berkata, walaupun tunangnya pernah menangis dan merayu untuk memperbaiki hubungan mereka, hatinya sudah tawar selepas beberapa siri insiden seperti itu.Malah, dia turut pernah terbaca mesej di telefon tunangnya yang menunjukkan lelaki itu pernah berhubung dengan seorang wanita sehingga diminta menghantarnya pulang ke rumah."Dipendekkan cerita, saya memang nekad tak nak teruskan perkahwinan. Saya nekad beritahu mak dia dan mak dia pun setuju. Siap cakap dia memang tak berkenan dengan saya."Dia tak suka saya sebab saya ni kerja bahagian peruncitan je. Saya okay saja asalkan kami putus dan tak berkahwin," katanya.Wanita batal kahwin selepas mendakwa tunangnya beberapa kali cuba melakukan gangguan seksual.Dia mendakwa sikap tunangnya berubah sejak mereka bertunang.Kepercayaan semakin hilang selepas menemui mesej tunangnya dengan wanita lain.Walaupun dirayu, dia tetap nekad membatalkan perkahwinan.Netizen menyokong tindakannya demi masa depan yang lebih baik.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyokong tindakan wanita tersebut, sekali gus menyelamatkan masa depannya daripada lelaki tidak bertanggungjawab."Sebelum kahwin dah tak hormat, lepas nikah lagi dia tak hormat. Terbaik awak tinggalkan dia lebih awal."Alhamdulillah. Kalau dah nampak dia macam tu baik putus je sebab apabila dah kahwin baru nak menyesal dah tiada guna," komen warga maya.