Pemberian cincin menjadi antara sebahagian adat dalam masyarakat Melayu ketika bertunang. -Gambar hiasan AI
DUGAAN dalam perhubungan saat ingin melangkah ke alam perkahwinan banyak mengajar tentang kesabaran dan mengenali sikap sebenar pasangan.Seperti wanita ini, belum pun mengikat tali pertunangan namun kesabarannya semakin menipis dengan sikap teman lelakinya. Ceritanya, dia terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli cincin pertunangan selepas lelaki berkenaan bersikap endah tak endah mengenainya.Katanya, mereka sudah berbincang mengenai bajet dan sasaran pembelian cincin tersebut namun lelaki tersebut masih belum menyerahkan wang sehingga dia terpaksa membelinya sendiri.Lelaki perlu lebih bersedia jika ingin mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI“Sedih kalau hanya kita sahaja yang bersungguh-sungguh, walaupun dia kata akan ganti balik nanti."Saya tetap tak rasa gembira kena beli guna duit sendiri," luah gadis tersebut.Disebabkan itu juga, dia mahu mengenakan syarat kepada lelaki itu untuk membayar semula mengikut harga emas semasa."Kalau susah sangat nak beli ketika harga emas sedang turun, nanti saya tuntut semula mengikut harga semasa emas.ARTIKEL BERKAITAN: Dulu selekeh, kulit gelap... Dah pandai melawa minta putus tunang! Kakak simpati adik jaga jodoh orang lain, dituduh curangARTIKEL BERKAITAN: Tunang tak serius kumpul duit kahwin, wanita akui cinta mula goyah... Hati makin terpaut dengan kematangan rakan sepejabat"Biar kita untung dan dia rasa susah sebab tak beri komitmen betul-betul walaupun hanya sebagai tunang," katanya.Gadis itu turut mendedahkan dia meminta pasangannya menyediakan RM4,000 untuk membeli cincin berharga sekitar RM3,000 manakala lebihan wang tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan bahagiannya nanti."Baki itu saya punya, tak boleh pulangkan. Anggaplah sendiri tak bersungguh-sungguh. Biar dia tahu cari duit nak halalkan kita," katanya.Gadis itu kemudian memaklumkan niat asal mahu menggabungkan cincin merisik dan bertunang kepada satu cincin sahaja namun mengubah keputusan tersebut.Gadis kecewa terpaksa guna duit sendiri beli cincin tunang.Bakal tunang masih belum keluarkan wang seperti dipersetujui.Gadis mahu tuntut semula kos cincin mengikut harga emas semasa.Dia mahu bakal tunang menyediakan RM4,000 untuk cincin bernilai RM3,000.Warganet menasihatinya supaya tidak menggunakan wang simpanan sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AI“Biar dia rasa struggle nak beli dua cincin, lepas itu harga yang lebih tinggi. Kita claim je dua. Please kena jadi perempuan mahal,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian golongan hawa yang menyarankan gadis itu tidak menggunakan wang simpannya untuk membeli cincin pertunangan."Jangan beli lagi, tunggu dia keluarkan duit. Kalau tak nanti, dia akan buat buat tak tahu je."Tak payah galak nak kahwin sangat kalau lelaki tu tak nak kahwin. Ramai lagi lelaki waras lain," komen warga maya.