PENGALAMAN belajar memandu bukan mudah bagi semua orang, lebih-lebih lagi apabila terpaksa berdepan dengan pengajar yang bersikap baran. Seorang pemuda berkongsi berdepan dengan seorang pengajar yang bukan sahaja baran tetapi suka menengking setiap kali dia melakukan kesilapan. Menurutnya, pengajar berkenaan hanya tahu menengking tetapi tidak banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang sesi pembelajaran.“Zaman saya pengajar badan besar dan baran. Salah sikit dia dah mendengus macam naga.Terdapat juga kes pelajar diganggu guru memandu yang bersikap gatal. -Gambar hiasan AI“Tak ajar apa-apa pun, cuma bila saya tersalah dia akan marah dan cakap, takkan tak tahu,” kongsinya di media sosial.Lebih mengejutkan, pemuda itu mendakwa pengajar berkenaan pernah menengking dan menumbuk papan pemuka kereta ketika mereka berada di jalan raya."Tak tahan, saya angkat brek tangan, keluar dari kereta tinggal dia baran sorang-sorang dalam kereta tengah jalan."Semua kereta dekat belakang hon dia. Saya daftar untuk belajar, tugas awak adalah mengajar. Mengalahkan Jabatan Pengangkutan Jalan pula nak menilai orang,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih sekolah memandu hamun remaja perempuan, panggil bodoh tak pandai bawa kereta - “Cikgu di sebelah buka TikTok live”ARTIKEL BERKAITAN: Ramai dedah sisi gelap sekolah memandu, menggigil ditengking juruajar bengis - “Perlu ke marah-marah, aku bayar kotPemuda itu kemudian membuat aduan di kaunter dan meminta bayaran dipulangkan kerana mahu bertukar sekolah memandu.Bagaimanapun, pengajar berkenaan kemudiannya memohon maaf dan menawarkan tiga kelas percuma kepadanya.Menurut pemuda itu, dia tidak mempunyai masalah jika seseorang pengajar menegur atau memarahinya apabila melakukan kesalahan.Namun, dia berpendapat tindakan menengking, menggunakan bahasa kasar dan menumbuk papan pemuka adalah keterlaluan.Pemuda dakwa pengajar memandu sering marah dan menengking.Pengajar didakwa menumbuk papan pemuka ketika memandu.Pemuda keluar dari kereta dan meninggalkan pengajar berkenaan.Dia membuat aduan sebelum pengajar memohon maaf.Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.Ringkasan ini dijana oleh AI“Kalau kena bebel biasa, saya boleh terima. Bahasa kasar itu yang saya tak biasa. Menengking dan menumbuk papan pemuka, itu sudah melampau,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa turut berdepan dengan pelbagai kerenah tenaga pengajar sekolah memandu."Aku dapat pengajar miang, dia pegang paha aku. Terus aku report dekat kaunter. Minggu depan datang dia dah kena buang."Aku pula hari terakhir kena pau dengan pengajar. Dia suruh berhenti dekat gerai pisang goreng, ingat dia nak beli rupanya dia suruh aku bayarkan," komen netizen.