suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami derita slip disc tak serik-serik, duit pampasan guna beli motosikal RM30,000... Isteri hanya mampu diam bimbang bergaduh

Berpada-pada dalam mengejar hobi bagi mengelakkan konflik keluarga. -Gambar hiasan AI

KESERONOKAN mengejar hobi atau minat bukan satu kesalahan malah dapat mengisi masa lapang daripada melakukan perkara sia-sia.

Bagaimanapun hobi tidak sepatutnya dijadikan satu obsesi sehingga mengabaikan tanggungjawab lain termasuk terhadap keluarga sehingga terabai bagi mereka yang sudah berkahwin.

Namun malangnya, itu dirasai wanita ini selepas mendakwa suaminya berkeras mahu menghadiri perhimpunan RXZ Member susulan tidak dapat menyertai acara tersebut tahun lalu akibat mengalami kecederaan slip disc.

Malah sebelum itu, setiap kali dia membangkitkan tentang hobi permotoran, ia akan berubah menjadi pertengakaran malah dituduh tidak menyokong minat suami.

Suami perlu mendengar pendapat dan luahan isteri. -Gambar hiasan AI

"Lima tahun kahwin, lima kali dia nak pergi. Tahun lepas, dua bulan sebelum pergi aku aku dah cakap tak payah sebab fikirkan anak kecil lagi.

"Dua tiga hari sebelum acara, dia kena slip disc. Tiga hingga empat bulan dia cuti sakit tanpa gaji sampai kena jual motosikal nak bayar hutang," ceritanya di Threads.

Namun kata wanita itu, selepas menerima wang pampasan akibat kecederaan, suaminya yang hampir mencecah 40 tahun membeli sebuah lagi motosikal dianggarkan bernilai RM30,000.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak arwah call menangis minta ihsan” - Ejen insurans tak mampu tolong buat ‘claim’ kes kemalangan langgar undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal RXZ boleh cecah RM1 juta? Ada sebab mengapa harga ‘keras’, hanya yang kenal ‘bare’ tahu menilai

Tambahnya, dia sekadar menggelengkan kepala dan menyerahkan keputusan kepada suaminya apabila sekali lagi menyatakan hasrat untuk menghadiri RXZ Member pada tahun ini.

"Dia kata nak pergi, aku geleng kepala je dah cakap suka hati la. Terus bergaduh lagi kata aku tak support hobi. Lantak kau la, umur sudah dekat 40 tahun. Ada anak tapi sibuk fasal hobi.

"Duit habis dekat kereta dan motor je. Mentang-mentang perbelanjaan keluarga 50-50. Dalam hati aku doa kalau aku tak boleh halang, semoga Allah yang halang dia dengan apa cara pun. Geram aku!," jelasnya.

  • Suami obses RXZ Member, isteri doa Allah halang hasrat pergi.
  • Lepas slip disc masih nak ride, isteri bengang suami utamakan hobi.
  • Duit habis beli motor, isteri kecewa hobi lebih penting daripada keluarga.
  • Tak sokong hobi jadi punca gaduh, luahan isteri raih perhatian.
  • Lima tahun kahwin lima kali nak ke RXZ Member, isteri hilang sabar.

Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya memahami perasaan wanita berkenaan yang kecewa dengan sikap suami sendiri.

"Dia kata awak tak support hobi dia, dia pernah support tak hobi awak? Biasanya mak-mak ni tak sempat pun nak ada hobi.

"Bagi jela kak dia pergi. Dulu dia slip disc berbulan-bulan, awak juga yang kena jaga dia dekat rumah. Kalau jadi apa-apa masa ride nanti, biar dia tanggung sendiri

"Kalau dia kemalangan teruk pun biar je dia dekat hospital tu jenguk sekali seminggu cukup la,” komen beberapa netizen cuba menyedapkan hati wanita itu.

Artikel Lain