suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kongsi gambar kucing di status WhatsApp, wanita TTC disindir ‘belum mampu bela zuriat’... Sedih komen dibuat kawan sendiri

Isu berkaitan zuriat merupakan perkara yang sensitif bagi sesetengah pasangan, lebih-lebih lagi pasangan TTC yang sudah berjuang bertahun-tahun. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua pasangan berkahwin dikurniakan dengan rezeki anak malah ada perlu melalui pelbagai dugaan termasuk ikhtiar trying to conceive (TTC) selama bertahun-tahun.

Justeru, kata-kata atau gurauan menyentuh soal anak sering dianggap sebagai perkara sensitif kerana tiada siapa mengetahui perjuangan sebenar sedang dilalui seseorang.

Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa sedih selepas menerima komen disifatkan sebagai tiada empati daripada individu dikenali hanya kerana dia memuat naik gambar kucing peliharaan di status WhatsApp.

"Nak menangis boleh? Memang manusia sekarang ini tak ada fikir perasaan orang ke sebelum menulis atau bercakap?

Rawatan kesuburan adalah salah satu kaedah bagi meningkatkan peluang memperoleh zuriat. -Gambar hiasan AI

"Awal pagi sangat ni nak kena mental macam ni," tulisnya.

Dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) balasan yang dikirim individu tersebut dalam perkongsiannya.

“Bela kucing pun elok, cuma tak boleh nak bela anak je lagi,” demikian balasan individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau gedik mengandung lagi!” - Wanita hamil anak keempat terkedu dituduh tamak rezeki zuriat, tak hormat perasaan kawan TTC

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia berlumba dengan siapa?” - Wanita TTC terasa hati rakan mengadu susah dapat anak kedua, buat-buat tanya tip ‘handle’ emosi

Menurut wanita tersebut, itu bukan kali pertama individu sama cuba menjentik emosinya dan memilih tidak memaafkan perbuatannya.

“Saya bluetick je... tak kuasa nak membalas orang IQ rendah macam dia. Saya tak akan maafkan dia sebab ini dah kali kedua,” akhirinya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.

  • Seorang wanita sedih menerima komen menyentuh soal zuriat selepas memuat naik gambar kucing di WhatsApp.
  • Dia berkata balasan individu berkenaan mengguris perasaannya sehingga hampir menangis.
  • Wanita itu enggan membalas mesej dan mendakwa perkara sama sudah berlaku sebanyak dua kali.
  • Perkongsiannya mengundang simpati ramai pengguna media sosial.
  • Netizen berpendapat isu zuriat tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan atau sindiran.

Ramai berpandangan isu berkaitan zuriat tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan atau sindiran kerana setiap pasangan mempunyai perjalanan dan ujian berbeza dalam usaha menimang cahaya mata.

Block je... tapi sebelum block, maki dia.

“Balas macam ni, jangan berlagak, anak tu pinjaman Allah... takut Allah ambil balik.

“Tak faham dengan sesetengah orang yang obses pasal rezeki zuriat orang lain,” demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain